Terngiang-ngiang tulisan Ustaz Abu Iqbal yang tertulis, ‘Kita berjalan di atas bumi yang sama, tetapi menjalani takdir yang berbeza.’ Cukup dalam maksudnya, dan punya hikmah yang perlu kita direnung bersama.

Susah, senang, sihat atau sebaliknya, ia adalah takdir buat semua insan di muka bumi Tuhan ini. Tiada siapa pun yang dapat menidakkan qada qadar Allah.

Cuma sebagai hambaNya, kita harus terus melangkah dan berusaha selagi tulang empat kerat masih mampu untuk dikerah. Susah atau sebaliknya bukan kehendak kita, namun kita punya pilihan untuk mengubahnya menjadi lebih baik pada masa akan datang...

Kisah yang dikongsi oleh Guru viral yang sering membantu masyarakat terutama pelajar susah dan berpendapatan rendah, Cikgu Mohd Fadli Salleh (MFS)kali ini cukup meruntun hati.  

Pelajar yang dimaksudkan oleh Cikgu Fadli ini, bukan sahaja mempunyai hati yang bersih, bahkan punya akhlak yang cukup baik. Sanggup lakukan apa sahaja demi membantu mengurangkan beban keluarganya.

Ikuti perkongsian Cikgu MFS...

Masih ingat pelajar IPTS yang ditangkap waktu keluar curi-curi hanya untuk buat part time Alam Flora?

Malam ini kami belikan dia motor baharu!

"Nak tak kalau kami belikan awak motor? Senang awak nak buat part time Grab Food ke, Food Panda ke, atau part time kat mana-mana", soal wardennya.

"Eh tak payah sir. Bagi orang lain yang lebih susah. Saya tak nak lah. Tak apa, saya ke mana-mana jalan kaki atau tumpang kawan je," balas budak ini.

"Jangan macam tu. Senang untuk awak bergerak, lagi pun awak ada lesen. Lebih mudah awak nak buat kerja nanti. Nanti dapat buatkan income lebih, lebih juga awak boleh kirim kat mak kat kampung," balas sir Muhammad Irwan.

Lama budak ni termenung. Memikirkan kata-kata wardennya itu.

"Boleh sir. Dengan satu syarat".

"Syarat apa pulak?"

"Nanti dah habis belajar, saya wakafkan semula motor tu untuk sesiapa yang memerlukan".

Allahu. Bagus betul pekerti budak ni. Langsung tak ambil kesempatan walau orang dah nak bagi peluang.

Memang jujur sungguh orangnya. Setiap bulan dia dapat pinjaman MARA RM600. RM300 dihantar kat mak dia kat kampung. Hasil kerja part time pula biasanya dia hantar sekitar RM100 lagi seminggu.

Allah! Kita yang kerja gaji RM2000 - RM3000 pun tak kirim duit sebanyak itu kat mak kat kampung.

Budak ni hidup berjimat cermat sungguh. Ada duit lebih semua hantar kat mak.

Adik-beradik dia 3 orang masih belajar. Mak kerja cleaner sahaja, ayah sudah uzur.

Saat rakan sebayanya menikmati hidup sebagai seorang pelajar kolej dengan bercinta, bermain snooker, futsal, lepak-lepak kedai mamak, main game dan sebagainya, dia berjimat cermat dan gunakan semua masa lapang untuk bekerja dan membantu keluarga.

Pelajar ni dalam pelajaran pun okey. Pointer setiap semester lebih 3.0. Kira okey sangat untuk pelajar sepertinya yang kekurangan semua benda.

Seronok aku lihat masih ada pelajar seperti ini. Yang berjuang dan berkorban untuk keluarga sendiri sambil menyambung pelajaran.

Kebetulan lepas aku tulis kisah tentang dia, ada beberapa kawan maya pm nak kirim sumbangan untuk pelajar ini.

Aku bagi nombor akaun Dana Kita. Kumpul kat situ, tambah duit aku sikit, tambah duit sumbangan orang ramai sikit dan beli motor baharu terus hari ni.

Siap tukar nama terus buat dah tadi. Alhamdulillah.

Semoga pelajar ini terus maju jaya, terus membantu keluarganya dan berjaya menjadi seseorang suatu hari nanti.

Kepada adik-adik di IPTA dan IPTS, ambil kisah ini sebagai tauladan. Jadikan anak muda ini sebagai sumber inspirasi.

Sanggup bekerja sapu sampah dari jam 10 malam hingga 6 pagi dengan gaji Rm45 sahaja demi membantu keluarga.

Saat ramai dikalangan kalian bersungut duit tak cukup dan meminta-minta pada ibubapa, dia pula melakukan sebaliknya. Mengirim RM500-RM700 sebulan pula pada ibu di kampung.

Makan berjimat, pakaian biasa-biasa, tidak boros dan tidak membuang masa.

Setiap masa lapang, dia cari apa jua kerja untik jana pendapatan tambahan.

Bukan untuk bermewah, bukan untuk berjoli, bukan untuk diri sendiri, tapi untuk dikirim pada keluarga di kampung.

Alangkah hebat semangat pelajar ini. Semangat seperti ini perlu ada dalam diri setiap kita. Tak kisah yang muda, mahu pun dah berkeluarga.

Semangat dan berjuang untuk mengubah nasib diri. Semangat untuk membantu keluarga. Semangat yang kental dan tidak pernah luntur walau penuh dengan cabaran.

Semoga kisah ini memberi satu rasa di hati kalian.

Di sebalik kisah sebuah motor dari DanaKita

Budak ini lompat pagar asrama tengah malam tiga hari lepas.

Kena tangkap dengan jaga, jaga contact warden untuk tindakan lanjut. Sepatutnya, kesalahan begini memang tiada maaf. Buang asrama terus.

Namun semalam, adik ini dimaafkan kesalahannya oleh kawan aku. Kenapa? Kerana dia lompat pagar demi mencari rezeki.

Budak ini, seorang pelajar IPTS. Tak perlu aku sebut IPT mana, yang tahu tu diam-diam saja.

Baik akhlak budak ni. Salah seorang sukarelawan Dana Kita juga. Cakap sahaja perlu guna tenaga, dia pasti muncul. Tak pernah ada alasan.

Kehidupan sebagai student di ibukota ni, memang sangat perlu mengikat perut. Serba serbi mahal. Nak beli bahan belajar, print assignment, itu ini, semua memerlukan belanja.

Saat students lain minta duit ibubapa untuk menampung segala belanja, anak bongsu dari 6 adik-beradik ini memilih untuk membuat part time.

Bangga betul aku dengan sikap dia. Aku cukup suka anak muda ada sikap begini. Sikap ingin mengubah kehidupan tanpa bergantung pada sesiapa. Hanya tulang empat kerat dia sahaja.

Dia pergi jumpa kontraktor Alam Flora, minta apa-apa kerja yang boleh dilakukan hujung minggu.

Dia diberi kerja sapu sampah, cuci longkang dan sebagainya. Waktu kerja dari jam 10 malam hingga 6 pagi. Gaji RM45.

Dan dia tak menolak kerja tu!

Bangga gila aku dengar masih ada anak muda kita yang masih belajar sanggup kerja sapu sampah, cuci longkang dari malam sampai ke pagi dengan gaji cuma RM45.

Tak ramai anak muda ada semangat seperti ini. Ada, tapi tak ramai.

Rules di asrama, selepas jam 7 malam dah tak boleh keluar asrama. Memandangkan dia kena kerja jam 10 malam, dia akan cuti-curi lompat pagar setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Nasib dia malang semalam, kena tangkap. Terkejut warden bila lihat lelaki pakai baju Alam Flora kena tangkap. Ingatkan orang luar, rupanya student sendiri.

Namun bila disiasat dan tahu hal sebenar, pelajar ini dimaafkan.

Dia bukan mencuri. Dia bukan penjenayah. Dia cuma nak mencari rezeki halal.

Cuma tindakan itu tetap salah. Tidak boleh beri pengecualian, namun kami fikirkan jalan lain untuk dia buat part time tanpa melanggar peraturan asrama.

Semalam aku jumpa dia dan warden tersebut. Kami bincang lanjut bagaimana nak bantu dia. InsyaAllah, kita akan terus sokong budak ini untuk buat part time.

Dia rajin. Dia ada semangat. Dia berusaha. Pasti aku akan bantu. Ini sikap yang sangat aku suka.

Pasti ada jalan kejayaan untuk orang seperti ini. Lambat atau cepat, aku yakin dia akan menjadi seseorang yang disegani kelak.

Terus maju jaya anak muda. Terus kental dan gigih berusaha. Aku sokong rapat usaha kamu. Ayuh! Ini semangat kita mahu. Tidak lembik dan tidak mudah mengalah dengan kesusahan hidup dikotaraya. 💪

#MFS

- Di suatu pernah, aku juga sepertinya. Melanggar peraturan demi sesuap makan -

Netizen tersentuh hati

Beruntung ibu ayahnya.... dia anak yang baik.

Ayuh bantu..

Nombor akaun : 564221646925

Bank : Maybank

Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita

#MFS