PASIR GUDANG - Sekolah - sekolah rendah di negeri ini diharapkan dapat menubuhkan pasukan Kadet Bomba bagi mendedahkan murid-murid dengan ilmu kebombaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Pauzan Ahmad berkata setakat ini telah ada 153 pasukan Kadet Bomba di seluruh negeri Johor

"Di Pasir Gudang khususnya telah ada 12 pasukan Kadet Bomba jadi kita harapkan dengan kempen ke sekolah-sekolah ini, pihak sekolah akan terbuka untuk tubuhkan lebih banyak Kadet Bomba di sekolah.

"Kita harapkan juga sekolah rendah akan sahut seruan untuk tubuhkan Kadet Bomba di sekolah rendah," katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan Program Abang Bomba Ke Sekolah di SMK Tanjung Puteri Resort, di sini, semalam.

Pauzan ketika ditemui pemberita pada program di SMK Tanjung Puteri Resort, semalam.

Mengulas soal program yang julung kali diadakan berskala besar di 22 buah sekolah di Pasir Gudang itu, Pauzan berkata inisiatif tersebut diambil bagi membantu mengalih tumpuan pelajar daripada insiden pencemaran kimia yang lalu.

"Program kali ini khusus buat Pasir Gudang di mana kita mengambil kira bahawa kebanyakan murid-murid masih lagi memikirkan tentang operasi yang lalu (pencemaran kimia).

"Jadi kita buat program ini secara besar-besaran untuk mengalih tumpuan para pelajar ini daripada insiden yang telah berlaku kepada perkara yang lebih baik lagi supaya mereka berfikir tentang perkara lain," katanya.

Dalam program tersebut, seramai160 anggota bomba terlibat berkongsi pelbagai pengalaman dan tatacara penggunaan peralatan kebombaan kepada pelajar di setiap sekolah

Menurut Pauzan, pelajar ditunjukkan cara mengendalikan peralatan semasa operasi dan berpeluang mencuba sendiri sambil mendengar perkongsian anggota yang terlibat.

"Kita ada enam stesen untuk pelajar-pelajar merasai sendiri penggunaan peralatan tersebut, contohnya peralatan hidraulik yang digunakan untuk memotong kereta.

"Kebiasaannya kita jarang beri peluang kepada murid sekolah mencuba peralatan kebombaan. Anggota boleh juga akan kongsi pengalaman ketika operasi sebab itu kali ini kita hantar ramai anggota di setiap sekolah supaya pelajar-pelajar ada peluang berinteraksi.

"Kita harapkan dengan aktiviti ini dapat menambahkan keceriaan pada murid-murid dan melupakan apa yang berlaku serta dapat hadir ke sekolah dengan hati yang gembira," katanya.

Pelajar seronok bergambar selepas mengenakan baju kalis api yang lengkap.

Pelajar seronok bergambar selepas mengenakan baju kalis api yang lengkap.

Pelajar perempuan turut mencuba hos air dan dijelaskan tentang tekanan air yang kuat oleh anggota bomba bertugas.

Pelajar turut diajar cara menggunakan hos air yang digunakan anggota bomba ketika operasi kebakaran.

Pelajar turut diajar cara menggunakan hos air yang digunakan anggota bomba ketika operasi kebakaran.

Pelajar seronok bergambar selepas mengenakan baju kalis api yang lengkap.

Anggota bomba bertugas membantu salah seorang pelajar pendidikan khas mencuba baju kalis api.

Anggota bomba menerangkan kepada pelajar alat yang digunakan untuk berkomunikasi ketika operasi.

TIP MENARIK:

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

Enam tip berkesan sebelum duduki peperiksaan

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan bahasa Inggeris penulisan UPSR

Cikgu Iznan kongsi 21 kaedah belajar untuk bantu pelajar cipta kejayaan...memang terbaiklah!