KUCHING - Kementerian Pendidikan (KPM) menghantar 400guru agama ke Sarawak kerana guru tempatan yang diambil sebelum ini kurang mendapat sambutan rakyat negeri ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, penghantaran guru dari Semenanjung itu telah dipersetujui oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

“Guru agama ini akan mengisi kekosongan di negeri ini. Sebelum ini kami cuba mengambil guru agama tempatan, namun kurang mendapat sambutan daripada rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian di Bintulu, beliau menyampaikan bantuan sama berjumlah RM5.4 juta untuk disalurkan kepada 112 sekolah Cina di Sibu, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri dan

Limbang, semalam.

Sementara itu beliau turut mengulangi ingatan agar guru di negara ini tidak terbabit dengan sebarang kegiatan Daesh atau kumpulan militan lain.

Mahdzir berkata, golongan guru tidak harus membiarkan diri mereka terpengaruh dengan mudah dakyah yang disebar oleh kumpulan berkenaan menerusi media sosial.

“Sebagai guru, kalian sepatutnya tahu mana yang baik, mana yang buruk,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan khas kerajaan persekutuan kepada sekolah Cina

berjumlah RM3.64 juta, melibatkan 68 sekolah di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong, di sini.