SARAWAK - Dengan menggunakan kenderaan sendiri guru-guru SK) Ulu Lemanak, Lubok Antu, Sarawak nekad meredah laluan balak sejauh 150 kilometer demi menyelamatkan murid sekolah itu daripada jerebu yang makin teruk.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Ulu Lemanak, Mohd Faisal Jalil berkata, pihak sekolah sepakat untuk menghantar 35 murid sebelum ini tinggal di asrama dengan kenderaan pacuan empat roda milik sendiri apabila tidak dapat hubungi ibu bapa mereka setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 417 setakat jam 11 pagi tadi.

Keadaan di pekan Sri Aman  (Gambar / Cikgu Yunus Pawi)

“Kami berkonvoi dengan empat kenderaan paduan empat roda. Perjalanan kami dari sekolah ke rumah panjang Nanga Bawi, iaitu tempat kediaman murid SK Lemanak, agak jauh.

"Perjalanan kami melalui laluan balak sejauh 150km dan mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk sampai,” katanya.

Sementara itu, guru pra sekolah, Ahmad Faqih Pauzi berkata, berikutan IPU pada tahap bahaya, Guru Besar, Chanking Anak Jawa, memutuskan sekolah cuti bermula semalam.

Keadaan di pekan Sri Aman  (Gambar / Cikgu Yunus Pawi)

"Pagi ini, asap makin pekat kekuningan, didorong tiupan angin yang membahang membuatkan penduduk di Sri Aman dan Lubok Antu, terpaksa menghidu asap tebal yang menyesakkan,"katanya ketika dihubungi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya pening, mata pedih, rasa macam duduk dalam asap’ - Kongsi cikgu pedalaman Sarawak

 

Cikgu Mohd Faisal Jalil

Kata beliau, berbanding dengan Sri Aman, kesan di Lubok Antu teruk kerana jaraknya hanya 3.4 kilometer dari sempadan Kalimantan dan mengambil masa 10 minit jika menaiki kenderaan.

Lebih membimbangkan mereka bakal berdepan masalah kekurangan air kerana hanya bergantung kepada sungai dan air bukit sebagai sumber.

Cikgu Ahmad Faqih Pauzi

"Kami di sekolah memang susah, cuaca yang panas dan kering akibat tiada hujan lebih tiga minggu menyebabkan air sungai utama dan anak sungai mulai kering.

Guru terpaksa menghantar murid SK Lemanak menggunakan kenderaan sendiri.

"Saya dah balik ke rumah sewa di Sri Aman, keadaannya serupa hinggakan kami terpaksa mengangkut air dari tempat yang disediakan pihak berkuasa," katanya.

Guru yang berasal dari Kelantan ini berkata, keadaan jerebu yang makin teruk itu menyebabkan ramai penduduk di Sri Aman mengalami masalah kesihatan dan lebih memburukkan keadaan topeng muka sudah habis di pasaran.

"Di rumah sewa, lima lagi rakan serumah termasuk saya, dah mula rasa tak sihat. Seorang demi seorang dah mula demam,"katanya.

Tambah beliau, penduduk hanya duduk di rumah dalam keadaan pintu dan tingkap tertutup rapat, mereka hanya keluar rumah jika ada hal yang benar-benar mustahak sahaja.

Video kiriman Cikgu Anderson dari SK San Semanju

Jarak dari SMK Ulu Lemanak Lubok Antu ke sempadan Indonesia

SK Ulu Lemanak, Lubok Antu

Tong air disediakan untuk kegunaan penduduk di Sri Aman

SK Ulu Lemanak, Lubok Antu

Baca:

Murid tak datang duduk UPSR, cikgu ini nekad cari di rumah dan apa yang terjadi mengejutkan ramai

Projek baik pulih sekolah daif di Sarawak bermula sejak 5 Ogos

Sekolah di lapan daerah di Sarawak ditutup

Sarawak tunggu dana Persekutuan bagi latih 3,000 guru ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris

'Rezeki dapat pindah' - Guru dari Sarawak kongsi berita gembira mengenai EGtukar