KUCHING - Semua sekolah yang ditutup di sembilan daerah di Sarawak ekoran jerebu semalam dibuka semula seperti biasa hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad mengesahkan perkara berkenaan kepada Bernama selepas menerima kemas kini terakhir daripada pihak sekolah sehingga pukul 9 pagi tadi.

Katanya penutupan sekolah akan dibuat pihak pentadbiran sekolah sendiri yang kemudiannya akan memaklumkan kepada pihak Jabatan Pendidikan negeri.

"Pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa pantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum buat keputusan menutup sekolah," katanya.

Sebanyak 409 sekolah ditutup semalam selepas bacaan di beberapa kawasan melebihi IPU 200.

Menurut Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019, pihak sekolah dinasihatkan menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah jika bacaan IPU melebihi 100, manakala sekolah hendaklah ditutup dengan serta-merta sekiranya bacaan IPU melebihi 200.

Setakat pukul 8 pagi tadi, hanya tiga kawasan di negeri ini mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan di bawah 200 iaitu Sri Aman (170), Kuching (156) dan Samarahan (140).

Sepuluh kawasan lagi merekodkan bacaan IPU sederhana dengan Sibu (80), S.K Baram (73), Mukah (78), Miri (74), Bintulu (85), Samalaju (78), Kapit (67), Limbang (55), Sarikei (75) dan ILP Miri (74). - Bernama

TIP MENARIK:

Topik Elektrik Tahun Lima wajib calon UPSR hadam - Ramalan Cikgu Mohamad Safuan bagi Sains Kertas 2

18 fakta penting persoalan tentang Bumi dan Sains Angkasa...ini kongsi guru Sains SK Jengka Pusat 2

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

'Latihan pecutan akhir buat calon UPSR' - Guru Pakar Sains kongsi set ramalan soalan Sains

Hafal fakta 'buruj' Sains (Kertas 2) UPSR - 11 nota mudah dan contoh soalan untuk calon ulang kaji