Hari ini masuk hari ke dua banjir di Sarawak.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pelugau juga turut terjejas banjir dan semua murid asrama diarahkan pulang kerana dibimbangi terperangkap di sekolah.

Warga sekolah diarahkan meninggalkan sekolah pada jam 6.00 petang semalam kerana air semakin naik.

Banjir terlalu cepat naik kerana sekolah terletak di pertembungan dua buah sungai iaitu Sungai Ulu Balingian dan Sungai Pelugau.

Orang rumah panjang datang tolong warga sekolah berpindah menaiki perahu mereka.

Warga sekolah bergegas ke bandar dan sempat membawa sedikit pakaian dan barangan peribadi.

Sumber: Warga guru dan staf SK Kuala Pelugau

 

Gambar hari ini.

 

Keadaaan semalam.