LAWAS - Kerangan Junior Innovators dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kerangan, Lawas, Sarawak berjaya membawa pulang Anugerah Emas (Environmental Sciences Category) pada pertandingan International Malaysian Young Scientist Conference & Exhibiton (MYSCE’20), baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Malaysia Young Scientist Organisation (MYSO) di Kuala Lumpur itu bukan sahaja disertai pasukan dari Malaysia, tetapi juga mendapat penyertaan dari empat buah negara lain iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia dan Filipina.  

Mempertaruhkan inovasi Co’ Sho’ So Performance, pasukan yang diketuai Cikgu Muhammad Amin Abu sebagai Jurulatih Utama Pasukan Rekacipta & Inovasi itu, melahirkan rasa terkejut atas kemenangan merangkul Anugerah Emas berkenaan.

"Sebanyak 31 projek inovasi sekolah rendah dan 14 projek inovasi luar negara yang dipertandingkan pada MYSCE’20.

"Memang saya tak sangka Kerangan Junior Innovators melakar kejayaan sebegini cemerlang.

"Mungkin ini rezeki ahli pasukan yang terdiri daripada tiga murid Tahun Enam iaitu Amanda Rosazila Abdul Ghani, Adriana Najwa Ali dan Rabiatul Adawiyah Sungsang," kata Cikgu Muhammad Amin.

Co’ Sho’ So Performance merupakan sebuah inovasi yang menggunakan serat sabut kelapa dalam penghasilan pelapik tapak kaki yang fleksible.

Menurut Cikgu Muhammad Amin, SK Kerangan adalah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) di kawasan Luar Bandar Utara Lawas, Sarawak.

"Pencapaian murid SKM ini membuktikan mereka mampu bersaing dengan murid sekolah yang lebih besar dan setanding dalam memenuhi keperluan murid di kawasan luar bandar yang dapat menerapkan unsur kreativiti dan inovasi dalam mendepani Cabaran Era Digital, Education 4.0 dan IR4.0 pada masa hadapan.

"Selain itu juga, pencapaian ini bergantung kepada kerjasama warga sekolah dan kemahiran kreativiti guru sekaligus memberikan impak positif dan nilai tambah dalam bidang rekacipta dan inovasi," ujarnya.

INFO

Penglibatan dan Pencapaian Antarabangsa (Kerangan Junior Innovator SK Kerangan, Lawas Sarawak)

1) Anugerah Kokurikulum (Anugerah Usaha Cemerlang/ Sukan Untuk Sekolah) sempena Majlis Apresiasi Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sarawak, 30 Jun- 3 Julai 2020.

2) Anugerah Khas Unit Pembangunan Bakat Murid (Sekolah Cemerlang Kokurikulum) kategori SR Daerah Lawas tahun 2020.

3) Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Kokurikulum kategori Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) kategori Guru SR, Cikgu Muhammad Amin Abu.

4) Platinum Award International Summit On Innovation & Design Exposition 2020’ (InSIDE’20), 13 hingga 14 April 2020 anjuran Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

5) Gold Medal (Environmental Sciences) International Malaysia Young Scientist Conference & Exhibiton 2020 (MYSCE’20) anjuran Malaysia Young Scientist Organisation (MYSO)

6) Gold Award Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) peringkat Kebangsaan tahun 2019 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia di Langkawi, Kedah.

7) Gold Award Pertandingan Rekacipta dan Inovasi STEM dalam Karnival Kokurikulum STEM, Teknologi Hijau dan Kesenian peringkat Negeri Sarawak tahun 2019 anjuran Jabatan Pendidikan Sarawak di Bintulu, Sarawak.

Artikel lain:

Terima panggilan daripada PTPTN. Guru terkejut menang hadiah bernilai RM151,515.15

Deklamasi sajak Cikgu Teo dan lukisan pasir artis seni unik, memukau pandangan ramai