MIRI - Setelah tular dengan kebersihan sekolah hingga mendapat ucapan tahniah daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Miri tampil dengn pembelajaran insaniah yang diterapkan kepada pelajarnya.

Kali ini atas inisiatif pengetuanya, Ahmad Fauzi Yaakob dengan dibantu rakan guru lain, mereka mengajar ilmu kemahiran insaniah ('soft skill') kepada pelajar.

Bagi menceriakan kawasan sekolah dan memberikan tanggungjawab kepada pelajar supaya mereka lebih menghargai hasil kerjanya, pihak sekolah mengadakan aktiviti naik taraf lorong Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bersama pelajar Pasca Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Ahmad Fauzi berkata, aktiviti melibatkan 20 pelajar tingkatan 3 yang merupakan ahli Kelab STEM yang diadakan selepas ujian PT3 lalu.

"Dengan adanya Lorong STEM ini dapat mendedahkan pelajar dengan pelbagai maklumat yang dipamerkan dan dapat memberi peluang kepada mereka melakukan kerja kreatif dengan bimbingan guru," katanya.

Menurut beliau, selain mewujudkan Lorong STEM pelajar turut membuat Lorong Kaki Buku dan Simenfero dengan pemantauan Guru Penasihat Kelab STEM Fazliatun Suhali.

“Saya ajar cara buat dan serahkan mereka kepada Fazliatun dan warden untuk memantau,” katanya.

Ahmah Fauzi berkata, selain daripada kemahiran yang pelajar peroleh, mereka juga akan lebih menyayangi sekolah sebab hasil tangan mereka banyak di sini.

“Kita juga dapat mengelakkan berlakunya vandalisme di sekolah sebab mereka sendiri akan menjaga hasil usaha mereka dan secara keseluruhannya disiplin pelajar akan menjadi lebih baik,” katanya.

Katanya, mereka turut mendapat kerjasama daripada kedai berdekatan yang memberi sumbangan tong drum dan Sarawak Shell Berhad yang menyumbang peralatan serta minyak bagi ruangan pameran di mana Miri ini dikenal sebagai Bandar Minyak.

 

Sudut sejarah minyak yang mencerminkan Miri sebagai Bandar Minyak.

Pelajar menelaah buku di Lorong Kaki Buku yang dihasilkan mereka.

Sudut bacaan hasil ahli Kelab Stem mendapat sambutan rakan mereka.

Pelajar menelaah koleksi buku yang disediakan di Lorong Kaki Buku.

Sudut bacaan bawah tangga ini menarik hasil kreativiti pelajar pasca PT3

Pelajar membina sendiri Taman PAK21.

Pelajar ini tekun membuat simenfero.

Pelajar pasca PT3 menunjukkan kebolehan mengukir simnenfero.

Ahmad Fauzi turut membantu pelajar menyiapkan pebble wash.

Batu 'pebble wash' dihasilkan pelajar dengan tunjuk ajar Ahmad Fauzi.

'Pebble wash' hasil kerja pelajar.

Sudut Bacaan bawah tangga yang dihasilkan pelajar.

Pelawat dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan bersantai di laluan yang diusahakan pelajar.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Kebersihan SMKA Miri tular, pengetua kongsi konsep Maqasid Syar'iyah didik disiplin pelajar

ARTIKEL BERKAITAN : Terkini kemalangan dua guru SK Awat-Awat: Jenazah akan dibawa ke Miri hari ini.. 11 gambar

ARTIKEL BERKAITAN : Guru rentung, dua melecur kuarters terbakar