MIRI - Satu program 40 Hari Menjelang UPSR telah dilancarkan di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner di sini hari ini.

Acara telah dirasmikan oleh guru besar, Suriyati Amit.

Dalam pelancaran itu, beliau menyampaikan amanat mengingatkan murid-murid tahun 6 seramai 178 orang agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menuju kecemerlangan.

Suriyati Amit
 

"Kejayaan yang dikecapi bukanlah semata-mata untuk sekolah, tetapi yang lebih penting, sesebuah kejayaan itu haruslah menjadi anugerah terindah untuk diri sendiri dan ibu bapa serta para guru.

"Buat calon-calon 6A SK Pujut Corner, inilah masanya untuk kalian berusaha untuk mendaki tangga kejayaan. Hadiahkanlah kejayaan manis ini kepada insan-insan yang menyayangi kalian. 6A Target Kami! Fly Pujut Fly, Fly Higher!," katanya.

Suriati juga telah menyempurnakan pelancaran program 40 Hari Menuju Kejayaan UPSR dengan pemakaian Lencana Murid Cemerlang kepada semua calon UPSR pada tahun ini.

Semoga anak-anak murid tahun 6 SK Pujut Corner terus menggiatkan usaha mendaki puncak kecemerlangan. SK Pujut Corner Pasti Boleh!