Seramai 131 pelajar Tingkatan Enam Semester 1 sesi 2021 dan Semester 3 sesi 2020 mengikuti Program Peningkatan Akademik Tingkatan Enam: “Bicara Inspirasi” Tahun 2020 baru-baru ini.

Diadakan di Bilik Gerakan Tingkatan Enam, Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai, Niah, Miri, Sarawak, program bertujuan menyuntik semangat pelajar supaya lebih berdaya saing dalam mencapat matlamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Juga membina matlamat unggul bagi mencapai prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Dr Leh Seng menyampaikan perkongsian Trust Your Dream kepada pelajar Tingkatan Enam Semester 1 2021.

Setiausaha Program Peningkatan Akademik Tingkatan Enam, Cikgu Mc Lly Adrian Simon berkata, peserta telah dibekalkan dengan dua topik menarik berkenaan Tingkatan Enam.

“Topik pertama adalah Trust Your Dream yang disampaikan Guru Akademik Tingkatan Enam SMK Chung Hua (CF), Miri, Dr Ngu Leh Seng.

“Manakala topik kedua ialah Winning Mentality disampaikan Pensyarah Cemerlang, IPG Kampus Sarawak, Miri, Dr Nelson Tandang Anak Edwin Unting,” kata Cikgu Mc Lly Adrian yang juga guru subjek Pengajian Am.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Suai, Cikgu Ling Mee Jow berkata, penganjuran Bicara Inspirasi ini sememangnya tepat pada masanya.

“Melalui program ini, ia dapat meningkatkan lagi prestasi akademik STPM dan kemenjadian pelajar Tingkatan Enam dengan lebih holistik,” katanya selepas merasmikan majlis penutup program tersebut.

Pelajar menetapkan sasaran gred mata pelajaran dan CGPA pada Kad Sasaran STPM.

Dr Nelson menyampaikan perkongsian Winning Mentality kepada pelajar Tingkatan Enam Semester 3 sesi 2020.

Penyampaian penghargaan kepada Dr Leh Seng (kiri) daripada Cikgu Ling Mee Jow.

Penyampaian penghargaan kepada Dr Nelson (kiri) daripada Cikgu Ling Mee Jow.

Artikel menarik

Semangat guru, Cikgu Ruhaizan guna wang gaji hias bilik darjah

Realiti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa PKPB: Ini yang perlu kita tahu