KUCHING - Program Dwibahasa (DLP) untuk dua mata pelajaran teras iaitu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk murid Tahun Satu akan dilaksanakan di 1,048 sekolah rendah di Sarawak mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, pelaksanaan program DLP Sarawak itu tertakluk kepada kurikulum yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

"Oleh itu tiada perbezaan antara kurikulum Sains dan Matematik diajar di sekolah rendah Sarawak dengan negeri lain.

"Perbezaannya cuma dari segi pengunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu," katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Pelaksanaan DLP Sarawak di sini, semalam.

Justeru, katanya, semua murid Tahun Satu di Sarawak akan belajar mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakkan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Beliau berkata pelaksanaan itu bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Anjakan 2 bagi memastikan setiap murid mahir dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Menurutnya, pelaksanaan program DLP Sarawak pastinya tidak akan menidakkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Saya percaya DLP Sarawak akan mampu membawa perubahan kepada peningkatan penguasaan ilmu dalam bidang Sains dan Matematik.

Semua pihak sedia maklum kebanyakkan maklumat terutamanya dalam bidang sains dan teknologi disediakan dalam bahasa Inggeris," katanya. - Bernama

Artikel Lain:

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM

Pakej mata pelajaran tingkatan 4 tahun hadapan yang perlu guru tahu... pelajar mudah faham

'Ada yang menyorok dalam tandas kerana enggan bersukan' - Cikgu ini kongsi sikap murid-muridnya

Berlatih hanya dua minggu, tak sangka pasukan sekolah ini bolot emas semua kategori di Spain