KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak meluluskan kawasan seluas tiga hektar untuk membina sekolah baharu bagi menempatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buda di Spaoh selepas 80 peratus bangunan sekolah itu musnah akibat hakisan tebing Sungai Saribas pada 2.45 pagi 8 Jun lalu.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata sekolah baharu itu yang terletak 2.5 kilometer dari sekolah asal, dibina dengan anggaran kos RM3 juta.

Bagi menyegerakan pembinaan sekolah itu, beliau berkata ia akan dibina menggunakan teknik Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan sistem itu telah digunakan bagi pembinaan enam sekolah di negeri itu.- Bernama