Bagi memastikan tulisan ayat suci al-Quran diurus dengan betul, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Miri, Sarawak menyediakan Pusat Pelupusan al-Quran di kawasan sekolah.

Pengetua, Ahmad Fauzi Yaakob berkata, SMKA Miri mahu menerapkan budaya murni dalam kalangan pelajar agar prihatin dengan sebarang kertas catatan yang mengandungi al-Quran dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengumpulkan di dalam tong Pusat Pelupusan al-Quran.

Pusat Pelupusan al-Quran yang disediakan di SMKA Miri.

"Kami melantik ahli jawatankuasa dalam kalangan pelajar untuk menyertai Kelab Kemahiran al-Quran bagi membuat pelupusan dengan membakarnya di tempat yang disediakan.

"Pelajar ini akan dibimbing Ustaz Hamim Mohd Sahib selaku guru penasihat Kelab Kemahiran Al Quran.," katanya.

Menurut beliau, khidmat melupuskan catatan mengandungi ayat al-Quran itu turut dibuka kepada sekolah di seluruh Miri.

Pusat Pelupusan al-Quran itu disumbangkan oleh seorang individu dengan kos keseluruhan RM4,500.

Pihak sekolah turut mendapat kerjasama Masjid Assyakirin, Bintulu untuk proses menghanyutkan abu di laut dalam.

SMKA Miri merupakan sekolah pertama di Sarawak yang menyediakan perkhidmatan pelupusan al-Quran.

Reaksi

"Dengan terbinanya tempat pelupusan ini sekurang-kurangnya memberi ilmu kepada kami untuk melakukan amali pelupusan al-Quran dan ini merupakan salah satu daripada cara melupuskan al-Quran atau cebisan yg mengandungi catatan al-Quran atau hadis, di peringkat sekolah kami sentiasa berkempen mengingatkan rakan supaya mengamalkan budaya meletakkan cebisan catatan al-Quran ditempat yang disediakan AJK membuat pelupusan." - Audi Amin Wahid, Ketua Penyelaras Pelupusan al-Quran

"Alhmdulilah, semua pelajar kami faham bahawa sebarang catatan yang mengandungi ayat al-Quran atau hadis tidak boleh dibuang sesuka hati, perlu ada cara untuk melupuskannya, dengan terbinanya alat pelupusan ini, mudah bagi kami untuk menguruskannya dan juga memberi ilmu pengetahuan kepada kami, lebih menarik kami sendiri yang melakukannya (melupus)." - Mohd Azzairi Azri, AJK Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar

Hassan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Pusat Pelupusan al-Quran.
 

AJK Kelab Kemahiran al-Quran (kanan), Cikgu Ahmad Fauzi (tiga dari kiri) dan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan (KPM), Hassan Nudin A Hamid (empat dari kiri) ketika Majlis Perasmian Pusat Pelupusan al-Quran.

Catatan al-Quran yang dibakar di Pusat Pelupusan al-Quran SMKA Miri.

AJK Kelab Kemahiran al-Quran memasukkan catatan al-Quran yang dikumpul ke dalam Pusat Pelupusan al-Quran.

Pelajar menunjukkan tong yang mengandungi catatan ayat al-Quran untuk dilupuskan.

Tong yang disediakan sebagai tempat penyimpanan bahan pelupusan kitab agama.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.932317.1579071614!/image/image.jpg

Dari kiri: Pegawai BPI KPM, Kamal Daud; Ahmad Fauzi; Hassan dan Pengawai BPI KPM, Shamsul Shah Tarjo di hadapan Surau Al Falihin SMKA Miri.

Artikel lain:

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Bolot 15 anugerah peringkat kebangsaan dan negeri - Guru besar ini kongsi tip

Susulan pelajar meninggal dunia merentas desa , Dr Zubaidi gariskan tujuh panduan

Anak sulung perempuan, bahumu harus sekuat baja, hatimu harus setegar karang

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020