MIRI - Satu majlis pelancaran bulan kemerdekaan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pujut Corner di sini, Jumaat lalu.

Guru besar, Suriyati Amit berkata majlis itu bertemakan pakaian zaman merdeka serta jamuan makanan zaman penjajahan Jepun seperti ubi rebus, pisang rebus dan tumpik yang diperbuat daripada sagu.

"Ini memberi peluang guru-guru dan murid merasa, itulah makanan yang ada pada ketika itu," katanya.

Warga sekolah bergambar kenangan pada majlis itu.