PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menasihati ibu bapa agar tidak memberi tekanan kepada anak mereka yang menduduki Ujian Pencapaian  Sekolah Rendah (UPSR) yang
bermula hari ini.

"Saya dapati ibu bapa yang lebih cemas dan tertekan daripada anak-anak, maka saya nasihatkan mereka jangan terlalu menekan anak mereka.

"Stress ini tidak elok, mereka (pelajar) telah berusaha, anggap ini sebagai kehidupan," katanya kepada media ketika membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8(1) di sini hari ini.

Selain itu beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UPSR dan menasihati mereka untuk tidak merasa tertekan ketika  menjawab soalan.

Seramai 445,641 calon mendaftar untuk menduduki UPSR pada tahun ini di 8,076 pusat peperiksaan di seluruh negara.

UPSR 2019 akan dijalankan pada 4, 5, 10, 11 dan 12 September. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan bahasa Inggeris penulisan UPSR

Hanya seminggu, murid Tahun Dua ini sudah mampu kuasai semua subjek - Ini rahsia ibunya buat

Teknik menjawab bahasa Inggeris (Penulisan) UPSR untuk murid potensi lulus

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Suasana hari pertama UPSR di sekolah dari seluruh negara (24 foto)