SHAH ALAM - Siapa sangka pelajar tingkatan 3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn (2) ini menempa nama di persada antarabangsa kerana kepantasannya mengira hingga membuatkan ketiga-tiga juri Asia Got Talent 2019 hilang kata-kata.

Kelebihannya juga berjaya meruntuhkan ego salah seorang juri yang dilabel sebagai hati batu, David Foster.

Yaashwin Sawaranan, 15 berkata, dia mencuba nasib memasuki Asia Got Talent 2019 itu hanya kerana mahu membuka minda orang bahawa nombor adalah menarik.

"Saya membawa nama Malaysia ke tahap yang tinggi salah satunya kerana tak mahu menyesal jika tak dapat masuk pertandingan ini," katanya.

Reaksi Yaashwin setiap kali berjaya membuat David Foster terlopong.

Dia yang mendapat gelaran Human Calculator itu memang meminati bidang Matematik sejak berumur 10 tahun.

"Tapi saya betul-betul fokus sejak tahun lepas.. saya mula membuat latihan dan belajar bersendirian.

"Ayah saya adalah pendorong utama saya. Saya membuat latihah dengan tanya soalan pada diri sendiri dan berusaha untuk menjawab sepantas mungkin," katanya.

Yaashwin juga pernah beberapa kali memasuki pertandingan peringkat antarabangsa.

"Saya pernah mendapat tempat pertama di Aloha International Abacus&Mental Arithmetic Competition 2017 di Parkroyal Hotel, Kuala Lumpur," katanya.

Di sekolahnya, dia seorang pengawas dan AJK Kadet Polis.

Pesannya, kepada mereka yang bijak Matematik teruskan berusaha untuk merevolusikan pendidikan Matematik.

Yaaswin mendapat pelbagai pujian setelah mencuba nasib dia Asia Got Talent 2019.

David Foster menguji kepintaran Yaashwin dengan memberi soalan yang difikirkan susah.

Dalam pertandingan itu, dia mampu mengalahkan mesin kira kira atau kalkulator.

Bakat yang ditunjukkan itu membuat David Foster ternganga.

Lebih menakjubkan apabila, dia meminta semua penonton untuk turut sama mengira untuk periksa pengiraan dia betul atau tidak.

Dia mendapat tepukan gemuruh setiap kali jawapan yang diberikan betul.

Sememangnya dia layak digelar sebagai Human Calculator kerana dia lebih laju dari kalkulator.

Tahniah kepada Yaashwin Sarawanan!

Petugas belakang tabir menjerit kerana kagum dengan kepantasan Yaashwin mengira.

Ini pula perkongsian seorang guru mengenai teknik menguasai Matematik yang banyak membantu pelajar yang sebelum ini gagal, skor subjek ini.

Berita lanjut boleh dibaca melalui link ini https://www.gpsbestari.com/berita/dulu-gagal-kini-cemerlang-guru-ini-dedah-rahsia-kuasai-subjek-matematik-1.923371