PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik menegaskan bahawa beliau menolak sebarang bentuk kekerasan terhadap pelajar.

Kata beliau, pihaknya telah menerima laporan dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan berhubung tindakan seorang guru yang merotan seorang pelajar perempuan kerana menegur guru berkenaan sebagai ‘cikgu pondan’.

"Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru telah menjalankan siasatan dan akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa pelajar tersebut secepat mungkin supaya keadilan dapat diberikan kepada kedua-dua belah pihak.

“Saya telah menerima laporan mengenai kejadian di mana seorang guru telah merotan seorang pelajar perempuan kerana menegur beliau dengan ayat ‘ah qua lao shi’ yang bermaksud ‘cikgu pondan’ ketika guru tersebut lalu di koridor tanpa sebab.

“Sehubungan itu, saya mengambil maklum mengenai kejadian ini dan telah mengarahkan pihak PPD untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Artikel berkaitan:

Insiden guru rotan pelajar yang menggelarnya Cikgu Pondan, ini reaksi Dr. Maszlee

Bekas pelajar tampil pertahankan tindakan guru

Syarat merotan pelajar dan jenis kesalahan tertakluk Ordinan Pelajaran 1957

'Dari kecil kita jaga hingga sekolah menengah, suka hati pula cikgu nak merotan' - Baca dulu

Kata beliau, KPM positif perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat mengikut tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian.

Semalam, video berdurasi lebih dua minit tular dalam media sosial yang memperlihatkan ibu kepada pelajar berkenaan cuba mendapatkan penjelasan daripada guru terbabit.

Dalam rakaman itu, wanita tersebut turut menunjukkan kecederaan di tangan dan kaki pelajar berkenaan akibat dirotan.

Rakaman video yang tular menunjukkan kesan rotan di bahagian tangan pelajar perempuan yang mendakwa dirotan oleh guru.

Baca:

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Tragedi bot terjunam ke dasar tasik - Perginya Cikgu Fauzi buat Cikgu Rahman rindu kenangan bersama

Guru ini kongsi 12 kelebihan masuk Tingkatan Enam, nombor tujuh pasti buat ramai tersenyum

KPM sedia SOP elak pembelajaran pelajar di sekolah terbabit pencemaran udara terjejas (4 foto)

Rupa-rupanya ini yang Cikgu Jash buat hingga ramai pelajar makin sayang... patutlah