GURU Bimbingan dan Kaunseling di sebuah sekolah, Cikgu Maisarah Hannan Chong Abdullah sekali lagi berkongsi cerita yang cukup menyentuh hati menerusi laman facebooknya.

Kisah yang bertajuk Kerana ku yakin, Pasti ada sebabnya...kini mendapat perkongsian sebanyak 341 shares, 1000 tanda suka dan 52 komen (setakat jam 2.30 petang, 10 Julai).

Mari ikuti hantaran Cikgu Maisarah yang pastinya membuatkan ramai sebak.

**********    

Sudah tiga minggu jadi petugas di stesyen pelajar datang lewat setiap hari. Lewat bangun, tiada bas antara asbab yang biasa diberikan oleh bakal-bakal insan berjaya ni. Tapi, kisah yang seorang ni cukup buat saya kagum.

CIKGU: Kenapa lewat?

MURID: Saya jalan kaki cikgu.

CIKGU: Haa...rumahmu di kg** kan? Jauh tu.

MURID: Saya naik bas dari rumah ke pasar Bt.2½ pastu baru jalan kaki.

CIKGU: Kenapa tak naik bas sampai sekolah saja? (soalku hairan)

MURID: Sebab tambang saya hanya cukup sampai pasar Bt.2½ saja cikgu.

CIKGU: Tahniah kamu tetap datang sekolah walaupun susah.

Dik, Hidup ini memang susah, maka jangan membuatnya lebih susah lagi dengan kemalasan.

Ini kata warganet

Noor Mazlita Muhammad Azmi: Anak ini akan menjadi anak yang hebat. TAHNIAH DIK
 
Sunarti Wahid: Semoga jadi anak yg berjaya dunia akhirat,berbakti pada kedua org tua..aamin
 
Iza Iwan: Smg dari kesusahan akan beroleh kejayaan...
 
Princess Ann: Moga berjaya dunia akhirat... Harap adik tu terus kuat
 
Saiful Nordin: Insyaalllah...anak ini bakal berjaya mengubah ekonomi keluarga dia satu hari nanti. Setiap kepayahan ada kejayaan. Bangun setiap kali jatuh...pengalaman berharga satu hari nanti.
 
Kalsom Atan: Begitulah kehidupan. Bersakit sakitlah dahulu. Insya Allah, bersenang senang kemudian ya nak.
 
Zulaiza Azliza Jusoh: Semoga menjadi anak yang solehah.. berjaya dunia akhirat amin...

Sumber: Facebook Maisarah Hannan

Artikel menarik: 

Walau sering dikecam kerana bantu orang susah...cikgu ini tetap bersabar. Moga cikgu terus kuat!

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma