SHAH ALAM - "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya sebagai Menteri Kanan – Menteri Pendidikan.

Demikian petikan kata-kata Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin yang dikongsi di Facebook miliknya pagi ini.

Beliau berkata, sejujurnya pelantikan ini merupakan satu tanggungjawab yang amat berat, terutamanya dalam usaha untuk memastikan kualiti pendidikan negara dapat dilonjakkan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Saya menyedari bahawa saudara saudari meletakkan harapan tinggi agar sistem pendidikan negara dapat melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang dalam pelbagai aspek dan mampu bersaing di persada dunia.

"Saya menerima amanah ini dengan penuh keinsafan. Berilah peluang dan ruang kepada saya untuk melakukan yang terbaik demi tanah air tercinta ini. Doakan saya, ya," katanya.

Selamat Bekerja Dr Mohd Radzi.

Artikel Menarik:

'Kerana sering gatal kepala, Cikgu Aisham nekad kutip kutu murid. Buang tepi jijik, kotor, geli'

'Cutipun murid datang sekolah' - Rimba Kecil berjaya selesaikan masalah kehadiran SK Sayong Pinang

'Tak sangka dia boleh lukis macam ni' - Guru Bahasa Melayu terkejut tengok buku karangan pelajar

Patutlah hari persaraan dapat hadiah jongkong emas, bukan 'kaleng-kaleng' cikgu sukan ini

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat ramai sedih