Gadis ini kelihatan biasa-biasa tapi dia sebenarnya luar biasa. Ketika usianya kanak-kanak, perjalanan hidupnya bukan mendatar, sebaliknya perlu ditempuhi dengan kecekalan yang utuh.

Nik Erika Nik Faisal Amer, 19, kini menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu dan sedang mengambil jurusan Teaching English as Second Language (TESL).

TESL! Tentu fasih Nik Erika bertutur dalam bahasa Inggeriskan. GPSBestari.com berpeluang mengenali lebih dekat bagaimana kanak-kanak yang bermula sebagai murid yang lembam (slow learner) memilih untuk berubah dan dia kini sedang meniti mercu kejayaan.

Nik Erika berkongsi, untuk mengubah dirinya daripada terus ditakuk dunia lembam, dia memilih untuk berubah. Mungkin perubahan itu banyak dipengaruhi faktor pengalaman hidup tapi dia yakin semua orang ada pilihan. Sama ada mahu atau tidak!

TIDAK FASIH BERBAHASA INGGERIS

“Pada awalnya, saya memang tak fasih dalam berbahasa Inggeris. Subjek Inggeris semakin teruk ketika saya darjah 4 sebab saya langsung tak boleh catch up dengan apa yang cikgu cakap.

“Sementelah pula, sewaktu darjah 4, saya ada sedikit masalah yang menyebabkan saya banyak ketinggalan dalam hampir kesemua subjek. Saya tak hadir sekolah hampir sebulan lamanya kerana tak ada keinginan untuk belajar dan takut dengan guru. Dan situasi itu berlaku di sekolah rendah di Subang jaya,” cerita Nik Erika.

Menurutnya, sepanjang dia tidak hadir ke sekolah, dia banyak menghabiskan masa di rumah bersama bapanya yang dipanggil dad dan kebanyakan masa diisi dengan menonton siaran televisyen.

Tambahnya, tapi bapanya hanya membenarkan dia menonton filem berbahasa Inggeris atau Disney Channel. Drama atau filem Melayu dan sebagainya hanya dibenarkan dua jam sehari.

“Sebab struggle nak faham English movies/cartoons tu, saya cuba sesuaikan situasi dalam cerita tersebut dengan reaksi dan perkataan watak dalam cerita. Sedikit sebanyak, cara tersebut dah bantu saya untuk improve vocabulary dalam English.

“Pengaruh daripada lagu-lagu Inggeris pada tahun 2009/2010 juga banyak memainkan peranan sebab bantu saya untuk belajar menyebut perkataan dan ayat dalam Inggeris dengan lebih mudah dan seronok!,” kata anak keempat daripada tujuh beradik.

BERPINDAH KE KOTA BHARU

Katanya, apabila ibu bapanya bercerai, dia dan adik-beradiknya berpindah ke Kota Bharu, Kelantan dan memulakan pembelajaran di sini.

“Agak sukar untuk belajar dengan persekitaran yang sepenuhnya menggunakan dialek Kelantan kerana saya tak dididik untuk memahami dialek tersebut. Tapi saya lebih improve dalam kelas English sebab cikgu saya menekankan perbualan dwibahasa.

“Jujurnya saya lebih suka dengan pembelajaran di sekolah ketika darjah 5 dan 6 sebab guru-guru menggunakan pendekatan yang lebih dekat dan cuba membantu murid untuk memahami setiap subjek instead of pushing every student to reach the same limit at the same time.

“Dalam masa tak sampai setahun, penulisan bahasa Inggeris saya meningkat sehinggalah ke sekolah menengah. Pendekatan guru yang banyak bantu saya untuk dekatkan jurang yang pernah ada waktu saya di Subang Jaya dan menaikkan semangat saya untuk meningkatkan dan mengukuhkan Inggeris saya,” katanya lagi.

Kata Nik Erika, dia percaya alam sekolah menengah adalah platform yang membantunya untuk tampil ke depan dan menonjolkan diri.

Semasa di sekolah rendah, dia langsung tidak berani ke depan dan tetapi perkara sama tidak lagi berlaku di sekolah menengah.

Nik Erika beruntung kerana ada guru-guru yang sentiasa menyokong dan ada untuknya dan kawan-kawan.

SERTAI CHORAL SPEAKING

“Kawan sekelas dan saya sertai pertandingan choral speaking buat pertama kalinya dan dibimbing oleh guru subjek Inggeris. Pada awalnya, agak takut juga tapi sebab kita bercakap bersama-sama dalam satu barisan bersama rakan sekelas, perasaan gemuruh itu berkurang.

“Saya pilih untuk perform dengan baik dalam choral speaking dengan berusaha menghafal skrip dalam jangka masa pendek dan akhirnya dipilih menjadi konduktor. Makin takut! tapi itulah, we have to make our own choice. Nak terus stay kat position yang sama ke nak improve? So instead of letting go the opportunity of being a conductor, i took that.

“Sesetengah akan cakap: "Konduktor bukan tengok penonton pun, kenapa nak takut?" Mungkin takut sebab kena berdiri seorang di depan khayalak ramai walaupun membelakangkan mereka. Tapi bermula daripada situ, secara perlahan-lahan saya mula buang rasa stage fright. Cumanya, the turning point of everything is the involvement in Toyota Eco Youth (TEY),” jelasnya.

PENGLIBATAN DALAM TEY

Menurutnya, melibatkan diri dalam TEY yang menekankan penggunaan bahasa Inggeris dan pemikiran kreatif serta kritis sepenuhnya bermula dari hari pertama sehingga hari terakhir.

“Kami diberi tugasan dan perlu membentang setiap tugasan  dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan Microsoft Power Point. Buang stage fright tak bermaksud kita boleh fasih English dalam sekelip mata. Confidence. It is something that we have to build inside us in order to move from the phase of "no confidence".

“Pada awalnya, saya tidak dapat membentangkan hasil projek TEY kerana tidak sihat dan kekangan lain. Tetapi, rakan sekumpulan, Go Jia Yin menemani saya dan kami berdua berjaya melakukannya,” katanya.

Nik Erika dan Jia Yin adalah satu kumpulan ‘brainstorming’ untuk menyampaikan pembentangan yang menarik dan dengan bantuan guru-guru Inggeris akhirnya kumpulannya berjaya.

“Kami bentang di sekolah sebelum ke Hotel Concorde, Shah Alam untuk pembentangan kami. Alhamdulillah, selesai persembahan kami, kami dipuji kerana menyampaikan presentation yang energetic dan berjaya menjawab setiap soalan yang diajukan dalam bahasa Inggeris tanpa menggunakan bahasa Melayu.

“From that exact moment, saya mula minat terhadap bahasa Inggeris dan berhasrat untuk menceburi bidang yang berkait dengan bahasa Inggeris. Mulanya saya tak pasti apa yang saya nak ceburi. Akhirnya, saya yakin untuk pilih bidang TESL dan alhamdulillah juga dipilih untuk masuk ke IPG untuk meneruskan pengajian.

“Rasa syukur yang langsung tak dapat digambarkan! Waktu interview IPG, confidence untuk bercakap itu hadir dan itu semua kerana rezeki dan bantuan ALLAH SWT. Saya yakin pengalaman di sekolah dan TEY banyak bantu saya untuk sampai ke tahap ini dan alhamdulillah saya berjaya,” kongsinya dengan nada yakin.

Tips belajar bahasa Inggeris cara Nik Erika

1) Push oneself to understand any English movies or cartoons. Avoid looking at subtitles. Cuba fahamkan situasi dan reaksi setiap watak untuk faham apa yang cuba disampaikan. Belajar sebegini boleh bantu individu untuk real life situation yang melibatkan penggunaan foreign language untuk kita paham situasi yang tengah berlaku.

2) Sing your heart out loud! English songs, of course. The most fun and entertaining ways!

3) Be confident! Jangan takut buat silap. Sebab kita terlalu fikirkan grammatical error dalam speaking, kita pilih untuk diam daripada bercakap English.

4) Ajak kawan-kawan untuk speaking as well! Andai kata tidak ada kawan mahu sertai, kita ada social media! Use that platform to connect with others in English.

5) Macam bahasa Melayu, English boleh improve dengan tekankan empat basic core (reading, speaking, writing, listening). Asas ini memang diajar sejak sekolah.

6) The use of newspaper in English (NIE). Improve vocabulary dengan baca surat khabar dalam bahasa Inggeris kemudian kenal pasti perkataan-perkataan yang tidak difahami, tulis perkataan itu dalam notebook, guna kamus untuk tahu maksud. Jadikan notebook itu khas untuk tulis vocabulary yang tak difahami, jangan campur dengan benda lain.

7) Banyakkan membaca! Membaca bukan sahaja dapat tingkatkan vocabulary, in fact perkongsian maklumat pun dapat.

8) Sepanjang pembacaan, andai kata tak paham satu perkataan, cuba baca the whole sentence dan sesuaikan perkataan tu dengan whole sentence. It helps a lot.

9) Suka tulis diari atau jurnal? Try it in English! (blog pun boleh!)

10) Improve punctuation and intonation dengan record diri sendiri bercakap. Atau bercakap depan cermin (boleh tingkatkan confident)

11) Jangan terlalu tekankan diri untuk speaking dalam certain accent sahaja. Yang paling penting, maksud yang dibawa itu boleh difahami

12) Debate in English.

13) Try some tongue twister

14) Learn from Youtube

15) And teachers

Nik Erika bersama adik beradiknya semasa sambutan kelahiran kakak yang ketiga, Nur Dianah Alya Bakaruddin, September 2015.

NIK ERIKA

Nik Erika (kanan) bersama ahli kumpulan TEY dan guru pembimbing TEY, Hanizan Ibrahim (tengah) di Jabatan Perdana Menteri.

Pengalaman.. Perjumpaan bersama penduduk kampung yang memberikan kerjasama sepanjang berlangsungnya TEY.


Lawatan ke Markas Parti Islam seMalaysia (Pas).


Bersama rakan sekelas ketika di Tingkatan Tiga dalam pertandingan choral speaking.


Nik Erika bersama teman rapatnya Jia Yin (kiri) dan  Nur Aisya Hanim Muhd Salimi (kanan). Mereka sering menelaah pelajaran bersama dan masing-masing berjaya ke menara gading.

Semasa dinobatkan sebagai penyandang tempat ketiga TEY.