JOHOR BAHRU - Tiada pesakit baharu akibat gangguan kesihatan di Pasir Gudang, dimasukkan ke wad setakat jam 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata meskipun ada 11 kes membabitkan tujuh sekolah dilaporkan setakat jam 11 pagi, kesemua mangsa hanya dirujuk ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang tanpa dirujuk ke hospital.

"Mereka yang terjejas dari sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, SK Tanjung Puteri Resort, SK Kong Kong Laut, sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, SK Taman Scientex, sekolah Tahfiz di Bukit Dahlia dan SK Cendana.

"Bagaimanapun, mangsa hanya dirujuk di klinik kesihatan tanpa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, " katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Hanya seorang sahaja berada di wad dan keadaannya dilaporkan stabil.

Artikel berkaitan: Punca kejadian masih misteri, kualiti udara di 85 sekolah direkodkan serentak (5 foto)

Beliau berkata, sesi persekolahan pada hari ini diteruskan seperti biasa dan dijalankan di aras bawah sekolah berikutan semua mangsa yang mengalami simptom sesak nafas sebelum ini berada di aras tiga dan empat sekolah.

Tambahnya lagi, pihak industri juga bersetuju untuk membekalkan alat pengesan gas kepada semua 111 buah sekolah dalam masa terdekat selain menjadikan sekolah itu sebagai sekolah angkat industri itu hasil dari sesi dialog awam ('town hall') bersama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin, semalam.

"Itu program CSR (tanggungjawab sosial korporat) pihak industri itu sendiri," katanya lagi.

Beliau berkata, 18 buah pasukan "Psychological First Aid " yang dibentuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga masih meneruskan perkhidmatan sokongan psikologikal di sekolah yang terjejas. - BERNAMA

Baca:

Sarawak tunggu dana Persekutuan bagi latih 3,000 guru ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris

Bejarah Raya SMKAMi, erat hubungan ibu bapa dan guru

Hargailah guru yang memberi kau pengetahuan dan meluruskan jalan mu

Pesara guru ditipu RM197,000 oleh kenalan Facebook, rupa-rupanya diperangkap Parcel Scam

Guru ini diperkenalkan simulasi arkeologi, bantu pupuk minat belajar