KUALA LUMPUR - Memandangkan pematuhan jarak sosial akan menjadi sebahagian daripada budaya pelajar apabila sekolah dibuka semula, sekolah perlulah mengatur logistik dan menghasilkan prosedur operasi standard (SOP).

Pengerusi Alliance for Safe Community, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, SOP berkenaan hendaklah merangkumi antaranya jumlah pelajar dan tandas yang ada, waktu rehat dan arahan mengenai penggunaan koridor, tangga dan padang sekolah.

"Guru hendaklah peka dan mampu menjelaskan kepada pelajar akan kepentingan jarak sosial, yang ia berbeza dan bukannya anti-sosial.

"Mereka hendaklah juga menjelaskan sebab ia perlu dilakukan dan hanyalah bersifat sementara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, guru hendaklah berunding mengenai persekitaran ‘kebiasaan baharu’ dan pedagogi persekolahan baharu berdasarkan SOP mungkin perlu dilancarkan.

Pada 15 April lalu, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa jika sekolah dibuka semula pada masa hadapan, setiap kelas hendaklah hanya memuatkan 16 hingga 17 pelajar pada satu-satu masa bagi membolehkan jarak sosial dalam membendung penularan Covid-19.

Sesi pembukaan semula sekolah akan melibatkan lima juta pelajar seluruh negera. - Bernama

Artikel berkaitan:

NUTP rayu KPM benar guru bertugas dari lokasi semasa, harap menteri pastikan arahan tak salahtafsir

'Jumlah pelajar dalam kelas perlu dipecah dua, hanya 17 orang dalam satu kelas' - Dr Mohd Radzi

'Dalam perjalanan hidup ini kita sentiasa singgah di perguruan' - Dr Mohd Radzi

Pihak sekolah terpaksa hantar buku teks kepada pelajar pedalaman

'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu' - Tiada kejayaan tanpa kehadiran guru