100 orang murid prasekolah SK Sg Binjai, Meru Klang memulakan persekolahan bermula hari ini, namun mengikut sistem penggiliran sehari hanya 50 orang sahaja.

Rata-rata murid yang hadir rasa teruja dapat memulakan persekolahan hari ini setelah lebih tiga bulan ditutup sejak 18 Mac berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Murid juga mengamalkan kebersihan mencuci tangan dan memakai pelindung muka, serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dalam sesi persekolahan bagi mengekang penularan COVID-19 ketika tinjauan pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan tadika hari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan hari ini sebagai tarikh pembukaan semula semua prasekolah, tadika dan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di bawah kerajaan mahupun swasta selepas lebih tiga bulan ditutup sejak 18 Mac berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua taman didikan kanak-kanak dikehendaki mengikuti SOP yang ditetapkan seperti SOP waktu ketibaan dan pulang, kedudukan jarak satu meter di dalam kelas dan waktu rehat.

SK Sungai Binjai yang terletak di pekan Meru Klang ini, mempunyai 3200 orang murid dan 195 orang guru serta kakitangan.

Guru Besar SK Sg Binjai, Roslan Zakaria menerangkan sesuatu kepada murid prasekolah yang hadir


Guru Besar bersama barisan pentadbir sekolah

Murid yang hadir perlu diambil bacaan suhu, sebelum masuk ke kelas

Murid juga turut diajar untuk menyusun dan meletakkan kasut masing-masing di rak kasut

Murid mengamalkan kebersihan mencuci tangan sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Guru setia menanti kehadiran murid ke kelas

Guru kelas sedang menerangkan tentang keperluan memakai alat pelindung wajah

Sebahagian murid yang hadir

 

Teruja memulakan persekolahan hari ini

SK Sungai Binjai