SERAMAI 11 guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24 (2) Shah Alam mengikuti program Travelog Kasih Kemboja 2019 di Phnom Penh, Kemboja, Oktober lalu.

Program yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu turut membabitkan penyertaan guru Kolej Tingkatan 6 Shah Alam, SMK Taman Seri Muda, Shah Alam dan sembilan orang terdiri daripada ahli keluarga guru.

Ketua rombongan yang juga guru bahasa Melayu, Nor’aini Sayati berkata, program bertujuan berkongsi kaedah dan teknik pengajaran memperkasakan akademik dan mempelajari strategi pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Kami juga mahu berkongsi ilmu dengan sekolah yang berasaskan agama di Kemboja berkaitan program kecemerlangan sekolah,” katanya yang juga Pemangku Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program anjuran Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah dan Unit Latihan Personal SMK Seksyen 24 (2) berlangsung.

Antaranya menyampaikan sumbangan pam wakaf sebanyak 35 unit, wang tunai dan keperluan harian seperti kain batik, kain pelikat, tudung, makanan ringan dan mainan.

Selain itu, rombongan juga berpeluang melawat beberapa lokasi menarik di sana seperti Al-Rahman International School Phnom Penh Kemboja, Asrama Anak Yatim Ummu Aiman dan Muzium Tuol Sieng Genocide.

Mereka turut berpeluang singgah di Sungai Mekong, Kampung Toul Pongro, Central Market dan  Masjid Jamek Umar Bin Yasir.

Sampaikan sumbangan

Ketika berada di Al-Rahman International School Phnom Penh Kemboja, satu memorandum telah ditandatangani antara Al-Rahman International School dengan SMK Seksyen 24 (2).

“Kami menyampaikan sedikit sumbangan kepada warga sekolah, program kali ini memberi pengalaman yang berharga kepada kami melihat kedaifan penduduk negara lain,” katanya.

Ketika berada di Kampong Toul Pongro di daerah Kampong Tralach, rombongan telah menyerahkan lima pam wakaf untuk kegunaan masyarakat Champa di sana.

“Selain pam wakaf, kami juga menyampaikan sumbangan wang tunai untuk masjid dan juga beberapa barangan lain,” kata Nor’aini.

Nor’aini berkata, ketika mengadakan lawatan ke Masjid Jamek Umar Bin Yasir, satu program menarik telah berlangsung di sana.

Ketika itu, berlangsungnya Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Agama Kemboja (PSRAK) dan Pelancaran Buku Teks Sirah oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Majlis dirasmikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Hal Ehwal Islam Kemboja, Datuk Dr Othman Hassan.

Cikgu Nor’aini berkata, pada majlis itu beliau telah diberi peluang menyampaikan sumbangan kepada tiga sekolah terbaik dan enam murid cemerlang.

"Dalam masa yang sama, sumbangan wang turut diagihkan kepada hadirin (hampir 100 orang) dan murid (hampir 300 orang)," katanya.

 Rombongan Travelog Kasih Kemboja 2019 yang terdiri daripada tiga sekolah tidak melepaskan peluang bergambar di pintu Istana Norodom Sihanouk.

Perjanjian persefahaman antara SMK Seksyen 24 (2) yang diwakili Nor’aini (kiri) bersama Pengerusi Al-Rahman International School Phnom Penh Kemboja, Farid Hosen (kanan).

Nor’aini menyampaikan hadiah kepada salah seorang murid cemerlang PSRAK.

Guru-guru teruja dibawa menaiki kobota untuk ke rumah penerima sumbangan pam atau perigi wakaf.

Pam wakaf yang disumbangkan rombongan Travelog Kasih Kemboja 2019.

Murid PSRAK gembira menerima makanan ringan dan mainan.

Di Muzium Tuol Sieng Genocide.

Cikgu Alwardah Dolhalit mengagihkan sumbangan kepada murid yang hadir ketika Majlis Pengisytiharan PSRAK.

Artikel Menarik:

Jika murid anda kidal, ini yang perlu dilakukan...

Jadilah ketua yang disukai, guru ini ada tipnya

Tiga sebab ini perlu ada, jika mahu jadi guru yang cemerlang dan bernilai