MENYEDARI betapa pentingnya menguasai kepelbagaian bahasa, beberapa orang guru daripada latar belakang yang berbeza sepakat melakukan kerja amal dengan menyediakan kelas percuma kepada pelajar.

Kelas yang diusahakan 13 pakar itu merangkumi subjek Mandarin dan bahasa Inggeris.

Ketuanya, D Preeti berkata, mereka bergerak dengan menggunakan wang sendiri selain hasil kutipan yuran daripada kelas berbayar yang diusahakan  guru pakar dan berpengalaman itu.

“Kami telah mengadakan kelas percuma ini di beberapa negeri, iaitu di Wilayah Persekutuan; Melaka; Pulau Pinang; Negeri Sembilan; Perak; Kedah dan Johor.

"Disebabkan permintaan daripada ibu bapa dan pelajar kami turut mengadakan kelas di Singapura," katanya.

Menurut beliau, maklum balas yang diterima daripada peserta sangat memberangsangkan.

Tambah beliau lagi, pihaknya turut menyediakan kelas percuma kepada kakitangan kerajaan dan sektor swasta serta mahasiswa di seluruh negara.

Selain Preeti, guru lain yang turut menyumbang idea, tenaga, masa dan wang ialah Cikgu G Arumugam, Cikgu N Mahadevan Venkata, Cikgu M Manimalar, Cikgu M Manisheela, Cikgu Siti Ella Mohamad Ahmad dan Cikgu Lai Siak Keng.

Turut terlibat Cikgu Eng Jin Hui, Cikgu Shamsuddin Alauddin, Cikgu M Kaleymani, Cikgu A Manickam, Cikgu P Setha Lechummy, Cikgu M Kannmani dan Cikgu R Pavithra.

Sepanjang proses pembelajaran, mereka menyediakan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan proses pembelajaran yang menyeronokkan.

“Selain mengajar, kami mengadakan aktiviti drama, menyanyi dan menari sebagai sampingan pelajar seronok sepanjang pembelajaran,” katanya.

Menurut Cikgu Preeti, kerja amal yang dilakukan oleh kumpulan guru itu bukanlah untuk kepentingan peribadi.

“Kami mahu berkongsi ilmu dengan pelajar mengenai kepentingan menguasai banyak bahasa.

“Zaman sekarang, pelajar tidak boleh mengharapkan satu bahasa sahaja sebaliknya kuasailah tiga bahasa sebagai nilai tambah bagi menghadapi cabaran selepas tamat pengajian,” katanya.

 Preeti ketika mengadakan kelas percuma di MK United International Institute, Johor Bahru.

Preeti (kiri) bersama guru dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kubu, Melaka ketika salah satu aktiviti dalam kelas bahasa percuma yang diadakan di sekolah itu.

Artikel Menarik:

Cikgu Hailmi kongsi 17 tip mudah mengajar murid menjadi lebih kreatif

Ini yang perlu guru amal dan elak dalam bab penampilan - Cikgu wajib hadam

'Jatuh cinta' dengan keunikan dan khasiat buah tin jadikan guru agama ini usahawan berjaya