PUCHONG UTAMA - Seramai 200 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puchong Utama (1) mengikuti Kem Kecemerlangan Akademik SPM 2019, di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Kem tiga hari dua malam itu dianjurkan Unit Kurikulum SMK Puchong Utama (1) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Puchong Utama (1), Angkatan Kejuruteraan Islam UM (AKIUM), Fakulti Kejuruteraan UM, Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah UM dan Badan Korporat.

Penyelaras program, Cikgu Fadzlon Faisal berkata, program bertujuan memberi pendedahan pembelajaran di universiti kepada calon SPM dan teknik menjawab soalan oleh guru berpengalaman.

"Juga, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menjawab soalan sebenar SPM dan membantu meningkatkan peratus lulus pencapaian subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Sains dan Kimia," kata Cikgu Fadzlon yang juga Penolong Kanan Pentadbiran SMK Puchong Utama (1).

Pengetua, Maswi Saion berkata, Kem Kecemerlangan Akademik SPM 2019 dapat melatih pelajar menjadi lebih mahir dalam semua mata pelajaran dalam kem tersebut.

"Malah, kem ini juga dapat mendisiplinkan pelajar dalam membentuk cara belajar mereka," katanya.

Ketua Fasilitator, Mior Muhammad Aiman Razali pula berkata, kem dapat menyuntik motivasi dan pembinaan aspirasi kejayaan kepada pelajar.

Dalam perkembangan lain, peserta kem berpeluang melawat Perpustakaan Utama dan Fakulti Kejuruteraan UM.

Malah, peserta juga menginap di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah bagi melengkapkan pendedahan pengalaman sebagai mahasiswa.

Bagi melancarkan program, seramai 25 mahasiswa Fakulti Kejuruteraan UM bertindak sebagai sukarelawan.

Mior Muhammad Aiman

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka perlu menyiapkan tugasan.

Artikel Menarik:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

'Saya bangun jam 4 pagi masak, lepas tu solat tahajud dan mengaji dengan nenek'

Murid tak datang duduki UPSR, cikgu ini nekad cari di rumah dan apa yang terjadi mengejutkan ramai

Guru boleh cuba enam tip ini untuk elak pembentangan pelajar hambar

18 tip persediaan menghadapi SPM dan STPM, yang perlu anda tahu