RAWANG -  Seramai 21 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa 2, Bandar Country Homes mengikuti program Pengantarabangsaan Bahasa Arab, Kelas Aliran Agama ke Maahad Insan Qurani, Banda Aceh, Indonesia baru-baru ini.

Program yang turut disertai oleh enam guru pengiring sekolah itu adalah bertujuan menambahkan keyakinan dan meningkatkan penguasaan bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar, selain menjalinkan kerjasama erat dengan Dayah Insan Qurani, Banda Aceh.

Program lawatan selama tujuh hari bermula 22 Mac lalu itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, antaranya lawatan ke masjid tertua di Aceh iaitu masjid Tuha Indrapuri, dan juga melihat kesan tsunami yang berlaku pada 2004.