SERDANG - Seramai 27 mahasiswa kursus berkredit Pembangunan Kesukarelawanan Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan Program Sinar Mesra secara dalam talian, baru-baru ini.

Program yang dirasmikan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Prof Madya Dr Nur Izura Udzir bertujuan membantu masyarakat yang terjejas terutamanya warga tua akibat penularan Covid-19 dan memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa.

“Kami menyahut seruan kerajaan untuk membantu golongan yang terjejas terutamanya golongan warga emas dengan memberikan sumbangan dana yang yang telah dikumpul secara atas talian,” kata pengarah program, Falah Aidil Zainal Abidin.  

Dalam masa sama, Dr Nur Izura menzahirkan sokongan beliau terhadap usaha siswa UPM ini dan berharap lebih ramai lagi penuntut menganjurkan program sebegini dalam membantu golongan yang terjejas.

“Saya bangga dan sangat menyokong usaha siswa siswi dalam menganjurkan program kesukarelawan seperti ini.

“Walaupun diadakan dalam online, namun ia tetap berjalan dengan lancar. Tahniah buat semua,” ujarnya.

Program Sinar Mesra berjaya mengutip dana bernilai RM6000 secara dalam talian.

Wang sumbangan itu telah diserahkan kepada Pertubuhan Serantau Muslim dan Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Kajang.

Diharapkan semoga usaha penuntut ini dapat memberikan manfaat kepada warga emas dan mereka yang terjejas sepanjang pandemik ini.

Artikel menarik

PdPR lebih kreatif dan menyeronokkan, guru ini muat naik video pembelajaran di YouTube, TikTok

4 teknik ‘pikat hati’ pelajar minat subjek Sains, guru-guru boleh cuba nanti!