SHAH ALAM - Penganjuran julung kali World Kids #QuranHour mendapat sambutan luar biasa dengan penglibatan 3,500 peserta terdiri daripada kanak-kanak dan ibu bapa.

Berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini semalam program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhals (WUIF) bersama saluran Astro Ceria itu merupakan salah satu inisiatif  utama menjelang kemuncak World #QuranHour pada 30 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, World Kids #QuranHour bertujuan menerapkan kefahaman isi kandungan al-Quran kepada kanak-kanak.

“World Kids #QuranHour mengambil semangat Nuzul Quran dengan membawa Misi al-Kahf. Pendekatan untuk berinteraksi dengan al-Quran juga dibuat secara santai.

“Berdasarkan sambutan luar biasa ini, kita nampak ada kesan daripada kempen World #QuranHour selama empat tahun. Mungkin sebelum ini anak-anak ikut ibu bapa tetapi hari ini (semalam) kita buat khusus untuk anak-anak,” katanya kepada Sinar Harian.

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.926535.1558581421!/image/image.jpg

Peserta tahfiz muda dan juara tilawah al-Quran turut memperdengarkan bacaan surah al-Kahf ayat 1 hingga 10 yang dibaca secara berulang-ulang.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhammad berkata, pihaknya menyambut baik pelaksanaan World Kids #QuranHour yang mendapat penyertaan murid prasekolah dan sekolah-sekolah rendah sekitar Lembah Klang.

“Malah, hari ini (semalam) kita buka perpustakaan khas untuk World Kids #QuranHour. Kita dapat lihat semua anak-anak begitu gembira dan ibu bapa pula memberi sokongan jitu.

“Situasi ini menunjukkan rakyat Malaysia memang mahu mendekati agama. Melalui program ini, kita mahu ajar anak-anak agar ingat Tuhan dan mendekati al-Quran,” katanya.

Watak animasi Omar dan Hana memeriahkan World Kids #QuranHour di Pustaka Raja Tun Uda di Shah Alam, Selangor semalam.

World Kids #QuranHour mengangkat pendekatan eduitainment seperti persembahan karakter animasi popular kanak-kanak Omar & Hana, penyampaian kisah Pesan dari Gua oleh Ustaz Don Daniyal dan persembahan Salam Squad.

Surah al-Kahf ayat satu hingga 10 turut diperdengarkan oleh Tahfiz Muda Aqil, Tahfiz Muda Mikhail dan juara tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah Panut.

Peserta juga diberikan pemahaman mengenai 10 ayat terawal surah al-Kahf melalui tafsiran oleh PU Azman.

Turut hadir dalam program itu ialah pengasas WUIF, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Naib Presiden Kandungan GenNext dan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.

World Kids #QuranHour turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ceria, Astro Oasis dan Astro Oasis HD.

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal turut menyampaikan tazkirah bertajuk 'Pesan dari Gua' dalam program berkenaan.

Seorang kanak-kanak membacakan surah al-Fatihah dan al-Baqarah sewaktu pembukaan program berkenaan.

Artikel menarik:

'Saya sanggup memasuki kehidupan istimewa murid-murid

MBFM jelajah ke 15 sekolah buka minda pelajar mengenai peluang kerjaya lulusan TVET

Nekad selamatkan mangsa kemalangan tahun lalu, PK SMK Dato' Seth dianugerahkan Guru Adiwira

Cacat penglihatan sejak Tahun Dua tak halang Koh Chai Swee jadi pendidik... tambah pula doa ayah

'Ukulele' penghubung Cikgu Ahmad Sobri dengan murid, serlah potensi diri