SHAH ALAM - Seramai 40 pelajar Tingkatan Lima (bidang Akaun dan Perniagaan) dan empat guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa 2, Rawang mengunjungi Kumpulan Media Karangkraf.

Penyelaras lawatan, Siti Hazlinda A. Rahman berkata, lawatan sambil belajar itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia penerbitan buku di Karangkraf.

"Ada antara pelajar saya mempunyai bakat terpendam dalam bidang penulisan.

"Justeru, lawatan sebegini banyak membantu mereka untuk mengetengahkan bakat ke saluran yang sebenar," katanya.

Siti Hazlinda

Selain Siti Hazlinda, guru lain yang turut mengiringi lawatan ialah Siti Sukartina Shukri, Julia Mohamed Ali dan Nurfazni Shaferi.

Sementara itu, Wartawan Kanan GPSBestari.com, Sarina Mohd Som berpeluang menceritakan serba sedikit mengenai portal GPSBestari.com

Rata-ratanya teruja dengan kewujudan portal pendidikan itu dan berhasrat ingin menghantar seberapa banyak yang mungkin karya untuk portal berkenaan.

Empat guru pengiring yang turut serta, (dari kiri) Nurfazni, Julia, Siti Sukartina dan Siti Hazlinda.

ARTIKEL MENARIK:

Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip skor A Sains UPSR

Tip skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

'Jam 8 malam mesti bawa buku duduk di meja makan' - Ibu kongsi cara berkesan didik anak skor 'exam"

Cgu Jinggo kongsi tip belajar saat akhir - Untuk budak kelas hujung