PETALING JAYA -  Seramai 43 murid Sekolah Kebangsaan Methodist, Petaling Jaya, menerima wang agihan zakat daripada Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

Majlis anjuran SK Methodist, dengan kerjasama PIBG SK Methodist itu menyasarkan sumbangan diberikan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

YDP PIBG, Muhammad Faizal Abd Rashid, diiringi Penolong Kanan, Mohd Fahmi Ibrahim, menyampaikan sumbangan zakat kepada adik Raja Khairulnaim dan Raja Khairunisa’, ditemani ibu saudara Maizuvin Ghafar.

Yang Di Pertua PIBG, Muhammad Faizal Abd Rashid dalam ucapannya berkata, beliau mengharapkan dengan bantuan zakat yang disampaikan itu sedikit sebanyak dapat membantu dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga. Semoga lebih banyak lagi agensi dan badan koprat yang sudi membantu mereka.

“Pemberian sumbangan ini merupakan salah satu usaha PIBG SK Methodist dalam membantu ahli yang berpendapatan rendah dan miskin. Adik M. Aidil Zulkeflli, M. Aireyll Zulkeflli dan M. Azeem Zulkeflli yang mempunyai 11 orang adik beradik adalah antara penerima sumbangan. Selain itu, adik Raja Khairulnaim dan Raja Khairunisa’ yang bapanya cacat penglihatan juga terpilih untuk menerima sumbangan daripada PHB,”katanya di majlis penyerahan agihan zakat di Dewan Semarak Ilmu SK Methodist.

Majlis Khatam Al-Quran di ketuai oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Methodist, Ustaz Muhd Zul ‘Amin bin Md Isa

Muhammad Faizal juga berharap, program seumpama itu terus mendapat sokongan masyarakat,  agar jaringan hubungan antara sekolah dan masyarakat dapat ditingkatkan.

Selain itu, beliau turut menyatakan terima kasih kepada PIBG yang telah berusaha mendapatkan sumbangan zakat untuk murid-murid SK Methodist.

Murid-murid lain sama-sama mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran bersama peserta

Dalam majlis sama, turut dianjurkan Majlis Khatam Al-Quran, yang bertujuan untuk meningkatkan penghayatan bacaan Al-Quran dalam kalangan warga sekolah terutamanya  murid beragama Islam tahun 4, 5 dan 6.

Majlis tersebut adalah rentetan daripada program Tadarus Al-Quran yang bermula sejak awal Ramadan 1440 hijrah lalu dan membabitkan 49 orang murid yang bertadarus Al-Quran pada setiap waktu rehat secara berkumpulan. Program itu juga merupakan aktiviti tahunan Sekolah Kebangsaan Methodist setiap kali Ramadan.

Artikel menarik:

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Pelajar kelas belakang... cikgu ini kongsi enam kelebihan ajar mereka

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Seronok rupanya kaedah 'Flipped Classroom' - Untuk budak sekarang

Patutlah Pasti jadi pilihan ibu bapa, pengarahnya kongsi kelebihan hantar anak di sini