SERDANG - Alumni Golden Fit Universiti Putra Malaysia (UPM) dan VIP Ride menganjurkan acara berkuda sejauh lima kilometer bersempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2020), baru-baru ini.

Disertai oleh Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Berkuda Angkatan Tentera Malaysia (MAFEC) dan Perbadanan Putrajaya, acara berkuda berkenaan telah bermula dari Unit Ekuin, Taman Pertanian Universiti, UPM dan berakhir juga di Unit Ekuin.

Sepanjang program berlangsung, antara tetamu kehormat yang hadir ialah empat wakil PDRM, tiga dari MAFEC dan lima orang daripada Perbadanan Putrajaya.

Mereka disambut pihak UPM seawal jam 6 pagi lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni, UPM, Fahmi Azar Mistar berkata, penganjuran acara Golden Fit itu juga bertujuan mencipta rekod Malaysian Book of Record.

"Justeru, kami menyeru dan menjemput semua alumni untuk menyertai acara ini nanti," ujarnya

Terdahulu, Sambutan Perayaan Jubli Emas yang kini sedang berlangsung sepanjang tahun 2021 adalah sebagai tanda simbolik dalam meraikan ulang tahun ke 50 penubuhan UPM ( 1971-2020).

Sambutan yang bertemakan “Pertanian, Inovasi, Kehidupan” merupakan slogan UPM yang menggambarkan UPM sebagai legasi ilmu dan peneraju pertanian yang banyak memberikan sumbangan kepada penambahbaikan kehidupan, pengkayaan ilmu pengetahuan dan inovasi khususnya dalam bidang pertanian.

Selain itu, tema tersebut menggambarkan nilai yang dikongsi bersama dengan komuniti, kerajaan, rakan institusi, industri dan pemegang taruh yang lain.

Kombinasi ketiga-tiga perkataan tersebut berupaya menyerlahkan legasi kecemerlangan pertanian di UPM, memaparkan nilai kesarjanaan di UPM dan menonjolkan perbezaan UPM dengan Institusi Pendidikan Tinggi yang lain.

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan itu berlangsung. Antara yang menarik adalah program UPM Alumni Golden Fit yang bermula 5 Februari lalu dan akan berakhir 20 Mei depan.

Aktiviti kecergasan secara maya ini juga boleh disertai orang awam dan penyertaan boleh didaftarkan secara atas talian dengan melayari laman sesawang https://linktr.ee/alumnigoldenfitupm.

Artikel menarik

Mak ayah boleh amalkan 8 tip untuk ajar anak berpuasa, guru-guru juga boleh cuba cara mudah ini!

Siswa UUM terima pengiktirafan dalam persidangan bertaraf dunia