KLANG - Tiga sekolah di daerah Klang diarah tutup  bermula semalam  susulan jerebu melanda kawasan Johan Setia yang  mencatatkan Indeks Pencemaran  Udara (IPU) tidak  sihat.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Muhamad Radzi Abdullah berkata, tiga sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, SK Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor memutuskan penutupan tiga  sekolah itu dalam mesyuarat  kelmarin sebelum makluman  dipanjangkan kepada pihak  sekolah.

“Saluran media sekolah dan penampalan notis dilakukan untuk memberitahu kepada ibu bapa dan pelajar sekolah terlibat ditutup.

“Tempoh penutupan sekolah ini bergantung kepada  bacaan IPU. Ia akan dikemas  kini dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

MUHAMAD RADZI

Jelasnya, arahan  berkenaan selari  dengan Surat Siaran Kementerian  Pendidikan (KPM) bilangan 1/2019 mengarahkan sekolah ditutup sekiranya IPU sesuatu kawasan itu melebihi angka 200.

“Pihak sekolah perlu mengambil tindakan dengan menutup sekolah serta-merta sehingga keadaan kembali pulih.

“Penutupan sekolah bagamanapun tidak menjejaskan pelaksanaan semua peperiksaan yang akan diteruskan seperti dijadualkan,” katanya.

Baca:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin... cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

Ini dia 60 aktiviti bermanfaat selepas UPSR

Murid Tahun Lima SK Hamzah hidap sakit buah pinggang kronik rayu sumbangan

Jom belajar Theorem Pythagoras

Sedap suaranya, syair Cikgu Azizah raih lebih 400,000 tontonan