SHAH ALAM - Kami kongsikan tentang seorang ibu yang sangat pandai menghias dan mendeco makanan atau dengan nama lain dipanggil bento untuk anak ke sekolah.

Rekaan dan deco yang comel dan kemas ini adalah dari seorang ibu yang bernama Hasnawati Yahaya,35, yang begitu rajin menghias bento anak-anaknya untuk dibawa ke sekolah.

Menurutnya, anak-anaknya sebenarnya bukanlah jenis yang memilih makanan, anak-anaknya tiada masalah makan apa saja tanpa perlu bento yang comel itu.

"Saya sendiri yang ingin sediakan bento tersebut kerana minat yang mendalam dalam menghias bento serta ingin mewujudkan moment indah antara saya dan anak-anak apabila anak-anak dewasa kelak.

"Bekal ni saya buat untuk tiga orang anak sebenarnya.. umur 5 tahun, 8 tahun, dan 13 tahun tapi bekal ada karakter berdeko ni untuk anak yang tahun dua dan 5 tahun (kadang-kadang)," katanya.

Katanya lagi, idea itu biasa hasil perbincangan dengan anak-anak.

"Karakter apa yang kami nak masukkan dalam bekal biasanya di buat plan untuk seminggu terus.

"Seperti bento Si Nopal ni saya dapat idea untuk masuk karakter ni dalam bento memandangkan Si Nopal memang tengah popular," ujarnya.

Di sini Hasnawati turut sertakan bahan untuk ibu-ibu di sana membuatnya untuk anak tercinta.

Bahanya ringkas sahaja, guna nasi dan Cling Wrap (untuk kepal nasi dalam cling wrap tu sambil bentuk rupa), details mata mulut tu guna Nori Seaweed, Slice Cheese. Bahan lain Twizzer dan gunting. Untuk dapat warna muka tu saya gaul nasi dengan sedikit kicap.

 

Selamat Mencuba!
 

INI KAMI SERTAKAN JUGA GAMBAR BENTO COMEL LAIN UNTUK IBU-IBU.

 

INI JUGA MENARIK