SHAH ALAM - Pelajar Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ingin berjaya dalam bidang tersebut perlu memilih bidang kemahiran yang tepat berdasarkan minat dan kerjaya.

Pengurus Nams Energy Sdn Bhd, Muhammad Qamarul  Auji Amran berkata, terdapat segelintir individu atau pelajar dilihat mengikuti kemahiran bukan berdasarkan minat sebaliknya terpaksa ikutinya kerana itu sahaja pilihan yang ada meskipun bukan bidang dikehendaki mereka.

“Lantaran itu, menjadi satu kepentingan bagi setiap pelajar TVET belajar dalam bidang yang betul selari dengan kehendak mereka kerana minat mampu jadi pendorong untuk seseorang melihat hala tuju dan melangkah jauh.

“Bidang TVET menjanjikan peluang pekerjaan, namun ia  harus dimulakan dengan langkah yang betul supaya dapat menentukan hala tuju dan masa depan yang dapat menjamin kejayaan,” katanya pada Wacana Siri 138 di Dewan Karangkraf, Shah Alam kelmarin.

Muhammad Qamarul Auji berkata, elaun yang diterima  pelajar sewaktu menjalani latihan praktikal turut mendorong mereka untuk berusaha lebih gigih bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan.

“Kursus jangka pendek sebagai contoh dalam tempoh sebulan juga boleh diadakan untuk graduan lebih menerokai serta tahu banyak ilmu berkaitan bidang industri kerana tidak semua perkara dipelajari sewaktu mereka belajar dan dengan menerokai, ia kelak dapat merangsang diri untuk terus maju,” katanya.

Untuk rekod, Muhamma Qamarul Auji yang berasal damengikuti kursus kemahiran dalam bidang perpaipan (jururegah) di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Jenagur, Hulu Terengganu.

Kemahiran dimilikinya bukan sahaja memberinya peluang  memperoleh gaji lumayan tetapi juga belayar ke seluruh dunia termasuk di Arab Saudi dengan gaji bulanan terakhir RM12,000 sebelum membuat keputusan membuka perniagaan sendiri sejak enam tahun lalu.

Kini, syarikatnya sudah mempunyai tiga cawangan iaitu  di Kuala Lumpur, Sabah serta Terengganu dengan jumlah kakitangan seramai 80 orang, sekali gus membuka peluang untuk pelatih TVET lain.

Artikel Menarik:

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

'Macam-macam jumpa, kadang-kadang dah anggap seperti perkara biasa' - Guru luah apa yang dilalui

Tak berganjak walau seminit...kesetiaan murid UPSR temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak