MUSIM panas kini kembali menjengah negara. Jadi bagaimana kita sebagai ibu bapa perlu memantau anak-anak ke sekolah.

Kita juga perlu pastikan anak-anak mendapat bekalan air bersih mencukupi dalam kuantiti bersesuaian bagi mengawal suhu badan.

Untuk itu, ini sedikit pesanan dari guru Bahasa Melayu Tahun Dua, Cikgu Nor Faisal Ishak dari SK Batu Unjur Klang.

+++

Jujur aku akui, cuaca sekarang lain macam panasnya. Aku memang dah tak tahan dengan tahap panasnya. Berpeluh sampai lencun singlet pagoda yang biasa aku pakai.

Jadinya aku nak berkongsi dengan kalian, para ibu bapa penjaga yang mana anaknya bersekolah sesi petang, agar :

1. Berikan anak sehelai sapu tangan atau kain yang telap air. Ajar mereka agar gunakan kain tersebut untuk dibasahkan dan laplah muka sewaktu cuaca begini agar muka dingin sedikit.

2. Berikan anak bekal air kosong yang lebih daripada biasa. Paksa mereka minum air kosong banyak. Ini untuk memastikan badan anak mendapat bekalan air yang cukup di musim panas berdenting ini.

3. Pastikan anak ada duit belanja atau pun bekal makanan secukupnya. Musim panas begini, anak sangat lasak dan aktif. Mereka tak boleh duduk diam. Makanya, mereka makan lebih kerana lapar dan dahaga.

4. Pesan pada anak, kawal tingkahlaku apabila di sekolah untuk mengelakkan kecederaan. Jangan berlari dan bertolak sesama kawan. Banyak kes berlaku dah sekarang ni melibatkan kecederaan yang teruk. Ada yang tahap berdarah dan perlu dijahit.

5. Jika anak didapati tak sihat, ( demam, batuk, selsema ), mohon sangat- sangat jangan hantar anak ke sekolah. Penyakit tu sahihnya berjangkit. Jadi, biarkan anak berehat di rumah. Jika dibiarkan ke sekolah, dikhuatiri anak akan bertambah teruk siap pakej muntah dan cirit.

Kongsi-kongsikanlah dapatan ini. Aku cuba berikan atas kapasiti cikgu sesi petang dan aku yang nampak masalah ini berlaku di sekolah.

#NfI

Tengok gambar ni, terik yarabbi. Menggigit kulit

Sumber: Cikgu Pe Chey

Tip Penting:

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam

Guru Cemerlang Tahfiz kongsi kaedah DTHT untuk hafaz al-Quran dengan mudah

Teknik Putaran Waktu bantu murid memahami kepentingan ‘masa’ - Ustaz Quszaini