SHAH ALAM - GPS Bestari saluran yang tepat untuk menyalurkan berita sekolah.

Demikian kata Guru Perpustakaan dan Media, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ideal Heights, Ooi Sok Chin, ketika membawa rombongan pelajarnya melawat ke premis Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

Katanya, selepas ini beliau akan menyalurkan semua program yang dianjurkan pihak sekolah untuk dimuatnaik di portal berita sekolah ini.

"Kami menganjurkan banyak program setiap tahun dan selepas menjadi ahli grup Telegram Guru GPS Bestari ini, saya harap berita mengenai SMK Ideal Height akan lebih kerap disiarkan di portal mahupun di akhbar Sinar Harian," katanya.

Terdahulu, seramai 38 Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Lima dan empat guru pengiring menyertai rombongan lawatan itu.

Kata Sok Chin, lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai proses percetakan dan sebagainya.

Pegawai Perhubungan Awam Kumpulan Media Karangkraf, Kesumawati Kamarudin memberi penerangan serba ringkas mengenai cara kerja karyawan di Sinar Harian manakala Wartawan Kanan GPS Bestari, Sarina Mohd Som menyampaikan taklimat mengenai portal berita sekolah GPS Bestari.com.

Guru pengiring yang mengikuti program lawatan ke Karangkraf dari kiri: Indah Eka Maya Suharto, Mohd Hafiz Nik Abdul Aziz, Hor Siew Cheng dan Sok Chin.

Empat pelajar yang menerima hadiah buku akademik kerana berjaya menjawab soalan yang dikemukakan GPS Bestari, dari kiri: Theven Dran, Muhd Ammar Hapezi, Naqui Darwis Fazry Mohd Rizal dan Nuratikah Shagul Nizam.

ARTIKEL MENARIK:

Guru ini kongsi 12 kelebihan masuk Tingkatan Enam, nombor tujuh pasti buat ramai tersenyum

Sejarah nama lima sekolah yang terkenal di Malaysia - Ini faktanya

Guru Adiwira PAK 21 ini guna lego dan Elemen 4K1N ajar MBK Masalah Penglihatan

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

Guru Bimbingan dan Kaunseling buat ini bila terjumpa beg berwarna hitam di rumah Makcik Leha