Dutch Lady, jenama Malaysia yang sudah bernaung selama 58 tahun telah melancarkan #DanaRM1JutaHarapan untuk membantu ibu bapa menyediakan asas yang kukuh demi masa depan anak-anak mereka. 

Kempen yang diadakan di seluruh negara ini memberikan peluang kepada ibu bapa untuk memenangi dana pendidikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), berjumlah RM25,000. 

Seramai 40 orang kanak-kanak akan mendapat manfaat daripada jumlah keseluruhan dana yang bernilai RM1,000,000. 

“Dengan pelancaran kempen Dutch Lady #DanaRM1JutaHarapan, kami berharap kempen ini dapat membantu menyokong pendidikan 40 orang kanak-kanak,” kata Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia Industries Berhad, Tarang Gupta. 

Selain dana pendidikan, kempen ini juga akan memberikan 160 hadiah saguhati yang terdiri daripada peranti pintar. Seramai lima pemenang akan dipilih untuk menerima dana pendidikan manakala 20 hadiah saguhati akan diberikan pada setiap minggu.

Aktivis sosial yang menyokong inisiatif ini termasuklah Pengasas Yayasan Chow Kit yang juga Naib Presiden Voice of the Children, Datuk Dr Hartini Zainudin dan Syed Azmi Alhabshi yang menjalankan banyak projek komuniti termasuklah Persatuan Untuk Anak Kita (PUAK) Payong.

Turut memberi sokongan kepada kempen ini adalah selebriti media sosial terkenal yang terdiri daripada guru dan ibu bapa yang menggalakkan rakyat Malaysia supaya menghantar pencalonan mereka untuk dana tersebut.

“Kempen #DanaRM1JutaHarapan berlangsung dari 5 April hingga 30 Mei 2021. Sepanjang tempoh kempen ini, dengan setiap pembelian produk susu tepung formula untuk kanak-kanak bernilai RM40, pelanggan berpeluang mencalonkan seorang kanak-kanak yang mungkin menjadi salah seorang daripada 40 orang nama bertuah yang terpilih,” kata Pengarah Pemasaran Nutrisi Khusus DLMI, Zatur Hassim.   

Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman web Dutch Lady.

Artikel menarik

Berdepan gangguan seksual atau jenaka rogol? Ini langkah yang guru-guru perlu buat, mohon hadam

PdPR kembali dilaksanakan, ini tip untuk tingkatkan penglibatan murid