SHAH ALAM - Mahu beri pendedahan mengenai dunia penerbitan dan pencetakan kepada pelajarnya, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14 (1), Noraini Abu Othman membawa mereka ke Kumpulan Media Karangkraf.

Seramai 42 pelajar Tingkatan Satu hingga Lima dan tiga orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.

Kata Noraini, peserta lawatan merupakan ahli Kelab Videografi Fotografi dan Wartawan Muda sekolah.

"Melalui lawatan ini, pelajar dapat mengetahui gerak kerja dunia pencetakan dan penerbitan," katanya.

Noraini

Sementara itu, Wartawan Kanan GPS Bestari, Sarina Mohd Som telah memberi taklimat berkenaan portal berita sekolah GPS Bestari.com.

Beliau turut mengemukakan empat soalan kuiz untuk dijawab peserta lawatan dengan hadiah istimewa.

Pelajar yang berjaya menjawab kuiz ialah Nabil Syakirin Mohd Nafizi, Nur Alya Batrisyia Saiful Bahrin, Qistina Balqis Mohd Suhaimi dan Hanan Afifah Mohd Mazni.

Masing-masing menerima sebuah buku akademik sumbangan Bestari Karangkraf.   

Sarina (tiga kanan) bersama empat pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz.

ARTIKEL MENARIK:

Dapat hadiah 'baju burung' sempena Hari Guru...pemberian pelajar ini buat guru sebak dan terharu

Pelajar kelas belakang..cikgu ini kongsi enam kelebihan bagaimana nak ajar mereka

'Sini mak, Syikin kat sini, mak datanglah' - Gangguan satu suara buat Ustaz Malik dalam ketakutan

Lapan tip otak sihat, untuk jadi lebih bijak dan pandai

Seronok rupanya kaedah ‘Flipped Classroom’ - Untung budak sekarang

Guru Adiwira PAK 21 ini guna lego dan Elemen 4K1N ajar MBK Masalah Penglihatan