SHAH ALAM - Sebanyak 201 buah sekolah di daerah Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Petaling Perdana ditutup setakat pukul 12 tengah hari tadi akibat keadaan jerebu yang semakin serius di Selangor.

Kementerian Pendidikan, dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sekolah itu melibatkan 52 buah sekolah di Sepang, Hulu Langat (62), Kuala Langat (21), Klang (27), dan Petaling Perdana (39).

"Seramai 240,447 pelajar terlibat dalam penutupan sekolah pada hari ini dan sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Pihak sekolah diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan pelajar dan guru sepanjang masa," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, sebanyak 151 sekolah diarah tutup hari ini berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semalam manakala 50 sekolah lagi ditutup berdasarkan bacaan IPU pada pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 2 petang ini, bacaan IPU di Johan Setia adalah 236, Klang (196) dan Banting (183) dan Shah Alam (171).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi
standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.- Bernama

INI BILANGAN SEKOLAH DAN JUMLAH MURID

PPD SEPANG

1. SJKC SIN MIN PUCHONG 2,198

2. SK PULAU MERANTI 673

3. SK TAMAN PUTRA PERDANA 1,978

4. SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 1,861

5. SK CYBERJAYA 1,684

6. SJKC UNION 238

7. SMK CYBERJAYA 1,127

8. SMK DENGKIL 1,630

9. SAM SG MERAB LUAR 548

10. SMK DATO ABU BAKAR BAGINDA 1,252

11. KV SEPANG 700

12. SMK PUTRA PERDANA 2,887

13. SK SG MERAB LUAR 836

14. SK DATO ABU BAKAR BAGINDA 786

15. SK DESA PUTRA 491

16. SK DESA PINGGIRAN PUTRA 779

17. SK JENDERAM HILIR 467

18. SK DENGKIL 1,101

19. SK BUKIT TAMPOI 151

20. SJKT TAMAN PERMATA 160

21. SJKT DENGKIL 240

22. SJKT LADANG WEST COUNTRY BARAT 117

23. SJKC DENGKIL 586

24. SK SUNGAI MELUT (A) 67

25. SJKT LADANG AMPAR TENANG 44

26. SK SUNGAI RAWANG 575

27. SK BUKIT BANGKONG (A) 167

28. SK SG PELEK 260

29. SK SALAK 1,115

30. SK KG. BAHARU LANJUT 782

31. SK JENDERAM 241

32. SK BANDAR BARU SALAK TINGGI 1,088

33. SK TAMAN SEROJA 1,382

34. SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA 562

35. SK KOTA WARISAN 1,558

36. SK KLIA 1,154

37. SK METHODIST 267

38. SJK (C) CHIO CHIAO 127

39. SJK (C) SEPANG 119

40. SJK (C) TCHE MIN 119

41. SJK (C) WAH LIAN 378

42. SJK(T) LADANG BUTE 15

43. SJK(T) B.B. SALAK TINGGI 265

44. SJK(T) SEPANG 208

45. SJK(T) TELUK MERBAU 338

46. SMK SUNGAI RAWANG 505

47. SMK SERI SEPANG 1,892

48. SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI 1,993

49. SMK PANTAI SEPANG PUTRA 514

50. SMK SUNGAI PELEK 1,381

51. SAM B. B. SALAK TINGGI 915

52. SEKOLAH SERI PUTERI 831

PPD KUALA LANGAT

53. SK SUNGAI BUMBUM (ASLI) 188

54. SMK SIJANGKANG JAYA 2,077

55. SMK TELOK PANGLIMA GARANG 2,697

56. SK SIJANGKANG 1,507

57. SK SIJANGKANG JAYA 2,077

58 SK KEBUN BAHARU 2,039

59. SK KAMPUNG MEDAN 744

60. SK JLN TANJONG 748

61. SMK JENJAROM 1,485

62. SK JENJAROM 1,369

63. SJKC JENJAROM 1,683

64. SJKT JENJAROM 182

65. SK TELOK PANGLIMA GARANG 1,152

66. SJKT TELOK PANGLIMA GARANG 467

67. SJKC PENG MING 337

68. SK BUKIT KEMANDOL K9 215

69. SK SUNGAI JUDAH 109

70. SMK PULAU CAREY 251

71. SJKT PULAU CAREY BARAT 81

72. SJKT PULAU CAREY TIMUR 37

73. SJKT PULAU CAREY SELATAN 44

PPD HULU LANGAT

74. SK JALAN ENAM 1,650

75. SK LEFTENAN ADNAN 1,304

76. SK SUNGAI RAMAL DALAM 1,076

77. SK KAJANG 802

78. SK BANGI 1,045

79. SK BANDAR BARU BANGI 1,556

80. SK SUNGAI KANTAN 844

81. SK JALAN 3 1,653

82. SK KAJANG UTAMA 1,426

83. SK SRI JELOK 897

84. SK JALAN EMPAT 2,324

85. SK SEKSYEN 7 2,791

86. SK CONVENT 910

87. SK JALAN BUKIT SATU 150

88. SK (2) JALAN BUKIT 122

89. SK JALAN SEMENYIH '1' 253

90. SK JALAN SEMENYIH '2' 424

91. SJK(C) SUNGAI CHUA 1,605

92. SJK(C) YOKE MIN 168

93. SJK(C) YU HUA 2,769

94. SJK(T) BANGI 99

95. SJK(T) KAJANG 1,237

96. SJK(T) LDG WEST COUNTRY 'TIMUR' 321

97. SMK BANDAR BARU BANGI 1,907

98. SMK JALAN REKO 1,707

99. SMK JALAN TIGA 2,001

100. SMK JALAN EMPAT 1,359

101. SMK KAJANG UTAMA 1,075

102. SMK SUNGAI RAMAL 1,013

103. SMK CONVENT 837

104. SMK TINGGI KAJANG 1,326

105. SMK YU HUA 3,287

106. SMK JALAN BUKIT 1,458

107. SMKA MAAHAD HAMIDIAH 996

108. SMK DESA SERDANG 1,019

109. SMK TAMAN JASMIN 2 2,366

110. SK TAMAN JASMIN 1,395

111. SK BANDAR TEKNOLOGI 1,662

112. SK BANDAR SUNWAY SEMENYIH 692

113. SK SEMENYIH 1,758

114. SJKC KG BARU SEMENYIH 655

115. SJKC SIN MING 1,422

116. SJKT LADANG RINCHING 390

117. SJKT LADANG SEMENYIH 410

118. SMK ENGKU HUSSIEN 2,992

119. SK HULU SEMENYIH 676

120. SJKT LADANG DOMINION 25

121. SK BANDAR RINCHING 2,349

122. SMK BANDAR RINCHING 2,298

123. SK KG RINCHING 453

124. SK BANDAR TASIK KESUMA 2,484

125. SMK BANDAR TASIK KESUMA 1,825

126. SMK KHIR JOHARI 790

127. SK BERANANG 651

128. SJKC TON FAH 112

129. SK RINCHING HILIR 599

130. SK BANDAR BUKIT MAHKOTA 1,711

131. SK BANDAR SERI PUTRA 2,526

132. SMK BANDAR SERI PUTRA 3,024

133. SK BANGI 1,045

134. SK KG KUALA PAJAM 196

135. SK BANDAR SUNWAY SEMENYIH 692

PPD KLANG

136. SK KAMPUNG JOHAN SETIA 1,599

137. SMK JALAN KEBUN 3,263

138. SK BUKIT NAGA 2,071

139. SK JALAN KEBUN 2,210

140. SK KAMPUNG PENDAMAR 957

141. SJKT TAMAN SENTOSA 495

142. SJKT LADANG BATU AMPAT 406

143. SK BUKIT RIMAU 2,053

144. SJKC WU TECK 1,282

145. SJKC CHUNG HUA 2,213

146. SK KLANG JAYA 1,090

147. SMK KOTA KEMUNING 3,387

148. SK BUKIT KEMUNING 2 1,623

149. SMK KAMPUNG JAWA 1,952

150. SK KAMPUNG JAWA 2 1,222

151. SK KAMPUNG JAWA 643

152. SMK SHAHBANDARAYA 1,513

153. SMK RAJA MAHADI 2,081

154. SK TELOK MENEGON 1,345

155. SK TAMAN SRI ANDALAS 1,829

156. SJKC KHE BENG 1,582

157. SMK SRI ANDALAS 1,745

158. SJKT LADANG EMERALD 560

159. SK KOTA KEMUNING 1,096

160. SAMT SULTAN HISAMUDDIN 965

161. SMK CHUNG HWA 1,505

162. SMK KWANG HUA 3,087

PPD PETALING PERDANA

163. SK PUCHONG 656

164. SK PUCHONG UTAMA 1,478

165. SK PUCHONG UTAMA 2 1,999

166. SK PUCHONG UTAMA 3 751

167. SK PUCHONG PERDANA 2,109

168. SK PUCHONG INDAH 2,480

169. SK SAUJANA PUCHONG 710

170. SK TAMAN DESAMINIUM 2,288

171. SK TAMAN UNIVERSITI 2,001

172. SK SERDANG 1,021

173. SK SERI SERDANG 1,653

174. SJKC HAN MING 3,607

175. SJKC BUKIT SERDANG 896

176. SJKC SERDANG BARU 1 1,945

177. SJKC SERDANG BARU 2 3,052

178. SJKT PUCHONG 800

179. SJKT CASTLEFIELD 538

180. SJKT SERDANG 526

181. SMK PUCHONG 1,594

182. SMK PUCHONG UTAMA 1 2,791

183. SMK PUCHONG PERDANA 1,961

184. SMK PUCHONG PERMAI 2,027

185. SMK TAMAN DESAMINIUM 1,416

186. SMK BANDAR PUNCAK JALIL 932

187. SMK SERI SERDANG 1,753

188. SMK SERI KEMBANGAN 3,468

189. SMK SERI INDAH 979

190. SK PUSAT BANDAR PUCHONG 1 499

191. SK PUSAT BANDAR PUCHONG 2 835

192. SK PUCHONG JAYA 406

193. SK PUCHONG JAYA 2 430

194. SJKC KHENG CHEE 1,415

195. SJKC SHIN CHENG (HARCROFT) 1,984

196. SMK BANDAR PUCHONG JAYA A 1,007

197. SMK BANDAR PUCHONG JAYA B 1,021

198. SMK PUSAT BANDAR PUCHONG 1 2,594

199. SMK BATU 8 246

200. SJKT KINRARA 530

201. SJKC KUNG MAN 825

JUMLAH KESELURUHAN 240,447

ARTIKEL MENARIK:

Ini dia 60 aktiviti bermanfaat selepas UPSR

145 sekolah di Selangor tutup akibat jerebu

'Banyak kali dia minta maaf, risau jika saya tak selesa' - Cikgu ini kongsi sikap bekas muridnya