SHAH ALAM - Semalam, tular dua murid selongkar tong sampah sebelum ke sekolah.

Menurut portal MiloSuam, tular berkenaan difahamkan dirakam oleh Mohd Shahrizad sekitar jam 5:30 - 6:00 pagi tadi di Pasar Pelabuhan Klang, Selangor.

Tindakan itu tidak lain bagi mencari sesuatu yang mungkin boleh dikutip dan dijual di tempat kitar semula, bagi mendapatkan sedikit duit belanja persekolahan mereka.

"Macam biasa, hari-hari 5:30-6:30 aku pergi pasar nak beli barang meniaga. keluar dari pasar masuk je dalam kereta aku perasan dua beradik ni pakai uniform sekolah,"

"Aku keluarkan telefon rakam budak-budak ni," tulis Shahrizad.

"Dik, buat apa ni? Dia ingat aku nak marah dia pasal suara aku terkuat sikit.

Selongkar tempat sampah

"Cari barang nak jual bang nak buat duit belanja sekolah," jawapan itu menimbulkan rasa sedih, lantas Shahrizad meninggalkan sedikit duit belanja kepada kedua beradik itu sebelum beredar.

Zaman sekolah dulu, aku pun pernah kutip tin dan surat khabar untuk dijual di tempat kitar semula. Tapi aku buat benda tu sebagai hobi, dan tak konsisten pun sekadar untuk tambah duit belanja.

Tapi dua beradik ini, kalau sampai sebelum ke sekolah pun sanggup selongkar tempat pembuangan sampah, mungkin kehidupan mereka begitu dhaif, sampai terpaksa buat begitu. Semoga Allah permudahkan rezeki mereka sekeluarga.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Guru ini buka cerita kisah pelajarnya yang punya semangat luar biasa walau hidup susah

ARTIKEL BERKAITAN: Wajib baca kepada yang ada adik-beradik! Jangan 'share' selagi tak habis baca

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup susah bukan alasan, pelajar cemerlang ini nekad mahu ubah nasib keluarga