BANTING - Gelagat si kakak membonceng basikal pada setiap hari akan sentiasa dalam ingatan guru.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Endah, Siti Roselina Mohd Nasir, 42, menyifatkan kedua-dua adik beradik itu sering menjadi tumpuan ketika di sekolah rendah kerana sifatnya yang suka membantu.

“Nampak sahaja si kakak membonceng adiknya naik basikal masuk ke kawasan sekolah kami dah kenal.

“Mereka berdua ni pun budak bijak dan sentiasa tersenyum,” katanya.

Seorang lagi bekas guru mereka, Marlianna Muid, 35, yang kini mengajar di SK Bandar Banting berkata, dia tidak sangka kedua beradik itu telah tiada.

Katanya, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu melalui aplikasi WhatsApp rakan-rakannya.

“Bila tahu berita ini memang kami sedihlah dan datang ke hospital terus untuk memberi kekuatan kepada keluarganya.

“Alhamdullilah, kami dapat berjumpa keluarganya hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di Hospital Banting semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka pergi pun bersama... ibu sebak cerita rutin harian anak-anaknya mengaji al-Quran']

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Semoga adik-adikku tenang di sana' - Calon SPM SMK Batu Laut]