SHAH ALAM -  Tak sanggup melihat anak menderita kesakitan, bapa kepada pesakit kanser tulang Mohd Shafuan Nor Azhar, 20, terpaksa membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),  Selasa lalu.

Nor Azhar Hussin ,48, berkata, masanya makin singkat dan dia tak boleh tunggu cukup wang untuk membawa anaknya ke hospital.

"Duit masih tak cukup, sepatutnya dia terima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, tapi saya tak sanggup tengok dia sakit.. makin lama makin teruk," katanya hiba.

Lebih mengharukan, ibu Mohd Shafuan lumpuh dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

"Isteri saya lumpuh di sana.. saya minta anak pertama yang bekerja di Johor cuti untuk menjaga ibunya. Adik ipar juga  turut bantu tenggokkan isteri saya.

"Alhamdulillah sejak dimasukkan ke sini, Shafuan tak nampak sakit sangat.. dia pun dah boleh makan sikit-sikit, berbual sikit-sikit," katanya.

Kata Nor Azhar lagi, dia terpaksa mohon bantuan saudara terdekat untuk bergilir menjaga Mohd Shafuan di hospital.

Katanya, kepada mereka yang menyumbang, dia mohon maaf kerana akaun bank telah disekat.

"Sejak disiarkan GPS Bestari.com. saya dapat panggilan ada yang nak sumbang tapi akaun bank telah disekat, saya telah ke bank berkenaan..insyaAllah hari ini ok.

"Saya mohon kepada seluruh rakyat Malaysia, doakan kesembuhan anak saya serta jutaan terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan," katanya.

Mohd Shafuan adalah anak kedua daripada tiga beradik. Adiknya masih bersekolah di tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang ke:

1. Maybank 155069204567 (atas nama Nor Azhar bin Hussin)

2. CIMB Bank 7623226660 (atas nama Mohd Shafuan bin Nor Azhar)

Nor Azhar boleh dihubungi menerusi talian 0196100773.

Mohon sama-sama kita bantu doa serta wang ringgit.

Ini berita awal semalam Bekas pelajar SMK Undang Jelebu derita kanser tulang, perlu RM70,000 tampung kos rawatan https://www.gpsbestari.com/berita/bekas-pelajar-smk-undang-jelebu-derita-kanser-tulang-perlu-rm70-000-tampung-kos-rawatan-1.924356

Ini pula kisah guru besar mengecat pagar sekolah bersendirian https://www.gpsbestari.com/berita/cuti-sekolah-guru-besar-ini-sempoi-je-cat-pagar-sekolah-baiki-kerusi-meja-serta-betulkan-lampu-1.924396

dan ini murninya seorang bapa sanggup bersihkan setiap tandas sekolah anaknya https://www.gpsbestari.com/berita/johor/setiap-kali-cuti-jurumudi-pelabuhan-ini-akan-cuci-tandas-sekolah-anaknya-di-sjkt-taman-tun-aminah-1.924434