PETALING JAYA - Empat konsesi lebuh raya iaitu Kesas, Litrak, Sprint dan Smart berganding bahu menganjurkan program amal Kembali ke Sekolah sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi berkata, program itu bertujuan membantu murid membuat persediaan menghadapi alam persekolahan.

Sazally bertanya sesuatu kepada anak-anak dari rumah KIDS.

“Seramai 90 murid yang bernaung di bawah Persatuan Kanak-kanak ini Disayangi (KIDS) Subang Jaya, Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Indah 2, Klang terpilih menerima sumbangan itu.

Anak-anak menikmati jamuan yang disediakan.

“Setiap kanak-kanak menerima wang saku dan set barangan kelengkapan sekolah termasuk beg, baju, kasut sekolah serta alat tulis,” katanya.

Menurutnya, pada tahun ini empat konsesi lebuh raya itu memperuntukkan sebanyak RM40,000 untuk menganjurkan program yang diharap dapat memberi manfaat kepada murid terlibat.