Shah Alam - Selebriti kanak-kanak, Fatimah Omar Mukhlis, 4 yang menetap di Birmingham, England, kehilangan bapa saudara yang merupakan seorang chef terkenal, Chef Adam Didam jam 5 pagi ini.

Chef Adamdidam yang dipanggil Mamaji meninggal akibat jangkitan paru-paru.

Di Youtube Channel Fatimah, video terakhir dimuat naik bersama Chef Adam adalah berkenaan Fatimah mengajar Mamaji membuat akok gergasi.

Artikel berkaitan:

Netizen bimbang Fatimah lebih banyak guna bahasa Inggeris selepas bersekolah.. ini jawapan ibunya

Ibu Fatimah kongsi hubungan guru-ibu bapa di England, patutlah guru di sana lebih fokus mengajar

Video berdurasi 12.18 minit itu menggambarkan kemesraan hubungan kekeluargaan mereka dan Adam kelihatan gembira melayan kerenah anak buahnya.

Video yang dirakam ayah Fatimah, Omar Mukhlis Azizan, 38n dimuat naik 14 Julai lalu, iaitu pada Ramadan ke sembilan menunjukkan susuk tubuh Adam yang agak kurus.

Bertajuk 'Viral comelnya Fatimah dari UK dan Pakciknya 'Adam Didam' belanja bukan AKOK GIANT by Fatimah mendapat 464,194 tontonan 1,600 tanda suka.

Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebh dikenal sebagai Adamdidam dijemput Ilahi padausia 29 tahun.

Berita peninggalannya dikongsi sepupu beliau, Natasha Amran menerusi laman Instagram pagi ini.

"Sepupu kesayangan saya meninggal dunia pada pagi ini. Allahuakbar.

"Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin," tulis menerusi posting tersebut.

Selain itu, selebriti dan pengaara terkenal Neelofa yang berpangkat anak saudara kepada Adam turut memuat naik semula posting tersebut di Instastory beliau dan berkongsi gambar mereka ketika kanak-kanak.

Adam ialah peserta rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3.   

GPS Bestari.com mengucapkan takziah kepada keluarga Fatimah.. Al-Fatihah.