SHAH ALAM - Tanggapan bahawa gaji graduan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) lebih rendah berbanding individu yang mempunyai kelulusan akademik hanyalah satu persepsi.

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Industri Jawatankuasa Teknikal TVET, Datuk Palaniappan Joseph  berkata, hakikatnya tangga gaji TVET dalam industri juga berdasarkan peringkat atau tahap tertentu.

“Dalam industri TVET ini, ada peringkat tertentu dengan faktor tangga gaji ditentukan berdasarkan tahap serta bidang pekerjaan.

“Sebagai contoh, seseorang individu memasuki industri dan tidak tahu kendalikan sesuatu  mesin sehingga perlu ambil masa enam hingga setahun untuk mahir, sudah pasti tangga gajinya tidak sama dengan mereka yang telah mengetahuinya.

“Perihal gaji tidak seharusnya menjadi isu utama sebaliknya kesiapsediaan pelbagai pihak  dalam hadapi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan sekiranya industri ingin mengaplikasikan atau menggunakan IR 4.0 secara realiti, kita tetap perlukan tenaga kerja yang mahir,” katanya pada Wacana Siri 138 di Dewan Karangkraf,Shah Alam kelmarin.

Jelas Palaniappan, pihaknya juga sedang merangka keperluan pekerjaan bagi masa hadapan menerusi TVET.

Artikel Menarik:

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

'Macam-macam jumpa, kadang-kadang dah anggap seperti perkara biasa' - Guru luah apa yang dilalui

Tak berganjak walau seminit...kesetiaan murid UPSR temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak