HASRAT Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desaminium, Seri Kembangan, Selangor untuk memberikan kemudahan lengkap bagi murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menjalani terapi akhirnya terlaksana setelah peralatan Bilik Sensori yang diusahakan awal Januari lalu lengkap sepenuhnya.

Shashikala menandatangi plak sebagai merasmikan Bilik Sensori SK Taman Desaminium.

Shashikala memukul gong sebagai gimik perasmian Bilik Sensori PPKI SK Taman Desaminium.

Shashikala memotong reben sebagai gimik perasmian.

Guru Besar, SK Taman Desaminium, A Rahim Mohd Mislani, berkata, pihak amat berterima kasih atas bantuan kewangan Yayasan CIMB yang menyumbang RM20,000 kepada pihak sekolah pada Disember tahun lalu bagi membeli peralatan untuk murid PPKI.

Faridah Mutalib

"Dengan sumbangan ini kami membeli peralatan di Bilik Sensori bagi membolehkan murid PPKI mendapat rawatan fisioterapi dengan baik.

"Saya harap guru dapat memanfaatkan Bilik Sensori ini dengan sebaik mungkin dan mempelbagaikan cara pengajaran mereka melalui alat-alat sensori yang disediakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Faridah Mutalib ketika Majlis Perasmian Bilik Sensori SK Taman Desaminium pada 17 Oktober lalu.

Majlis dirasmikan Pengarah Serantau CIMB, Shashikala Selvaratnam.

Sementara itu, Shashikala dalam ucapan perasmiannya berkata, pihaknya berbesar hati dapat membantu SK Desaminium untuk membeli peralatan terapi Bilik Sensori yang akan digunakan oleh guru bagi menjalankan sesi terapi bersama murid PPKI.

"Menerusi peralatan yang lengkap ini, murid PPKI dapat mempertingkatkan kemahiran manipulatif mereka melalui aktiviti yang dijalankan di Bilik Sensori ini," katanya.

Guru Penolong Kanan PPKI, Noor Mazi Mohamad Deris berkata, dengan adanya Bilik Sensori ini mereka boleh menjalankan pelbagai aktiviti sihat bersama murid sekali gus akan memberi impak baik kepada kemenjadian murid PPKI.

Kata beliau, tugas seorang guru PPKI dalam mendidik murid bukanlah mudah.

"Bukan semua murid berkeperluan khas ini mampu membaca, menulis seperti rakan mereka yang lain tetapi menjadi satu kebanggaan kepada guru apabila murid mereka mampu berdikari dan mengurus keperluan diri sendiri," katanya.

Seorang lagi guru PPKI, Ooi Kem Yon berharap murid akan lebih fokus selepas ini.

"Bilik sensori ini diharapkan boleh membantu  murid PPKI meningkatkan kemahiran psikomotor supaya lebih fokus", katanya.

Juruterapi dari Klinik Seri Kembangan, Mohammad Arif Yussof memberi penerangan fungsi alat sensori kepada kakitangan Yayasan CIMB.

Kelengkapan dalam Bilik Sensori yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor murid PPKI.

Artikel Menarik:

'Ada yang menyorok dalam tandas kerana enggan bersukan' - Cikgu ini kongsi sikap murid-muridnya

“Semoga ustaz sihat dan masuk syurga”- Ustaz ini sanggup menari demi murid Pendidikan Khas

'Banyak kali dia minta maaf, risau jika saya tak selesa' - Cikgu ini kongsi sikap bekas muridnya