"SAYA sangat terkejut dan tak sangka sekolah saya akan menjadi tular di laman sosial."

Begitulah ungkapan Guru Besar, Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira' (SRIH), Shah Alam, Zuraidah Hassan.

Majlis Penutup Kejohanan Sukan Tahunan sekolah tersebut yang berlangsung pada 12 Mac lalu di Padang Awam BHP, Shah Alam menjadi tular di media sosial setelah salah seorang ibu murid, Suhana Mat Rasu berkongsi di Facebook miliknya gambar sambutan yang mana setakat ini telah mendapat perkongsian sebanyak 2,600 dan 1,300 tanda suka.

Kata beliau, acara sukan tahunan akan mengambil tema yang berbeza setiap tahun.

"Tahun lalu, kami membuat tema super hero. Alhmdulillah tahun ini mengambil tema stesen minyak yang mana menepati semua warna rumah sukan sekolah.

"Tema itu hasil cadangan guru-guru ketika mesyuarat dan mendapat persetujuan sebulat suara guru kami," jelasnya.
 

Kreativiti guru dan murid yang mendekorasi rumah sukan masing-masing sangat mengujakan.

Menurut beliau, nilai kerjasama antara guru dan murid turut dipupuk ketika membuat persediaan untuk hari sukan tahunan tersebut.

"Empat hari sebelum hari sukan, murid akan berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing untuk berbincang dan mendapatkan idea berkaitan tema stesen minyak bersama guru rumah sukan mereka.

"Untuk dekorasi, murid mengumpulkn barang yang boleh dikitar semula seperti kotak," katanya.

Beliau bangga dengan pengorbanan guru seolah itu yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit hingga ada yang buat kerja sampai jam tujuh malam.

Lebih mengujakan apabila beberapa syarikat stesen minyak turut menyumbang mengikut rumah sukan yang membawa tema syarikat minyak mereka.

Kata beliau, ada yang menerima sumbangan topi, belon dan aksesori untuk perbarisan rumah sukan.

"Tahniah buat semua guru dan murid serta kakitangan sekolah yang terlibat. Begitu juga ibu bapa yang tidak pernah lelah memberi dorongan kepada anak-anak SRIH," katanya.
 

Gelagat dan gimik yang dibawakan murid semasa acara perbarisan menambahkan lagi kemeriahan.

Sementara itu, mantan guru besarnya yang juga Pengetua Sekolah Menengah Hira' Shah Alam, Mohd Fairul Nafazli Md Nazin berkata, Ukhuwah dalam kalangan guru dan murid di SRIH sangat padu.

"Tahniah kepada semua yang terlibat, kekalkan momentum seumpama ini. Semangat guru dan murid dalam menyiapkan rumah sukan mengikut tema amat luar biasa," katanya.

Pada kejohanan itu, Rumah Kuning mewakili Shell; Merah (Caltex); Biru (Petron) dan Hijau (Petronas).

Turut diadakan pertandingan Sahiba, batu seremban, 'wooden block', ceper, kerusi berirama, dam ular; bola sepak dan bola jaring.

Pada 6 Mac lalu turut diadakan acara merentas desa yang dijuarai Rumah Kuning bagi keseluruhan acara diikuti Merah; Biru dan Hijau manakala hiasan rumah sukan serta maskot dimenangi Rumah Merah dan perbarisan dimenangi Rumah Biru.

Aksesori menarik yang dicipta menggunakan 'mounting board' turut menarik perhatian.

Turut kelihatan motor mainan di sekitar rumah sukan Hijau.

Hiasan beberapa buah kereta mainan serta dekorasi ala pam minyak menggunakan kotak sangat menarik.

Pasukan Rumah Hijau ketika perbarisan mencuri perhatian ibu bapa yang hadir.

Hiasan beberapa buah kereta mainan serta dekorasi ala pam minyak menggunakan kotak sangat menarik.

Artikel lain:

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh buat ini manfaat masa

PM umum Perintah Kawalan Pergerakan tapi cikgu ini pula yang pening

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain