SHAH ALAM - Ibu bapa atau penjaga ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kelahiran 2013 diminta mengemas kini maklumat peribadi anak mereka.

Yayasan Anak Selangor (YAWAS) dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata kemas kini maklumat berkenaan perlu dilakukan sebelum 28 Jun ini.

"Antara maklumat yang perlu dikemas kini termasuk nombor telefon dan alamat tempat tinggal jika ada perubahan.

"Ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS boleh memilih kawasan program bagi penyerahan bantuan masuk sekolah (tertakluk untuk ahli TAWAS kelahiran 2013 sahaja) yang dijangka akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini,” katanya.

Katanya, kemas kini dan pemilihan kawasan program hanya boleh dilakukan secara dalam talian di laman sesawang tawas.org.my

Artikel lain:

KPM akan pastikan dua pelajar SMK Seksyen 18 dapat sambung pengajian di universiti yang dimohon

Ini kata Ustazah Zubaidah tentang dua pelajarnya yang buat semakan semula SPM

'Apa yang saya reti masak saya masak untuk lima adik' - murid tahun enam terpaksa jadi ibu, ayah