CCTV yang tular di media sosial.
 

SHAH ALAM - Satu rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) tersebar di media sosial apabila seorang murid masih berpakaian seragam sekolah mengambil keputusan tidak masuk ke pagar rumahnya kerana ternampak sebuah van putih sedang menunggu dengan pintu terbuka.

Video berdurasi 0.31 saat itu difahamkan dirakam menerusi CCTV rumah kanak-kanak tersebut dan berdasarkan keterangan di video tersebut, lokasi kejadian sekitar Lembah Klang.

Melalui keterangan video yang dimuat naik itu juga, dipercayai van putih telah menunggu selama lima minit sebelum kanak-kanak tersebut sampai di pintu pagar rumahnya.

Tular cubaan culik.

"Elok Zharif sampai, dia mula gerakkan van, mujur Zharif curiga, lari ke simpang yang ada orang ramai," tulis keterangan tersebut. 

Merujuk kepada tarikh dan masa tercatat di video berkenaan, kejadian itu berlaku pada 29 September lalu, jam 11.41 pagi.

Sehingga semalam, video tersebut telah dikongsi lebih 10,000 pengguna media sosial.